Skip to content

fesyen Gulf Kanawut

5 GAYA FESYEN TERBAIK GULF KANAWUT PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Siapa tidak kenal jejaka berbakat dari Thailand, Gulf Kanawut yang kini semakin menyerlah dengan gaya fesyen yang sering dikongsi di laman sosial beliau?

Gulf Kanawut bukan sahaja terkenal dengan bakat lakonannya yang hebat, malah kemahiran beliau dalam mengekspresikan gaya peribadinya juga menarik untuk diperhatikan. Bintang tampan dari Thailand itu berani untuk bereksperimen dengan pelbagai trend fesyen, mencipta penampilan peribadi yang versatil dan unik.

INI 5 GAYA FESYEN TERBAIK GULF KANAWUT PILIHAN GLAM LELAKI

Mari kita lihat 5 gaya menarik Gulf Kanawaut pilihan GLAM Lelaki yang menggambarkan kreativiti dan keberanian beliau dalam berfesyen.

1. KLASIK HITAM

Penampilan Gulf Kanawut ini menampilkan gaya santai dan tetapi tetap kelihatan stylish. Beliau memadankan penampilannya dengan jaket kulit berona hitam yang disempurnakan bersama Gucci Wavy GG Laser Print Denim Pants. Sepasang seluar denim ini menampakkan cetakan laser GG berombak allover dan ia merupakan kombinasi yang sempurna.

2. SANTAI BERKEMEJA PUTIH DAN JEANS

Penampilan santai ini, Gulf Kanawut tetap terlihat sorotannya tersendiri. Beliau memadankan kemeja putih dan jeans membuatkan penampilannya semakin aktraktif namun tidak terlalu berlebihan. Penggayaan minimal, namun menggayakan pakaian yang diperbuat daripada kualiti premium juga perlu dititikberatkan.

3. BERGAYA DENGAN BLAZER

Bukan sahaja sering menggayakan gaya santai, malahan Gulf Kanawut juga kelihatan begitu dashing dalam memadankan blazer hitam daripada busana Gucci ini. Beliau merupakan seorang yang bijak bergaya dan tahu menyuai padan seiring dengan personalitinya.

4. GAYA STREETWEAR

Penampilan ini memamerkan elemen streetwear, menghasilkan gaya yang tidak hanya berani tetapi juga menampilkan kelas yang tinggi. Beliau memadankan tank top bersama jaket kulit berona hitam dan juga jeans untuk mencapai gaya fesyen streetwear yang menarik.

5. AIRPORT LOOK

Baru- baru ini, Gulf Kanawut menggayakan koleksi daripada Onitsuka Tiger. Seperti biasa, beliau tampak bergaya dalam perjalanan menuju ke Milan Fashion Week. Kombinasi penampilan ini sememangnya boleh menjadi inspirasi.

 

Baca lebih lanjut: 25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut

10 STAIL TERBAIK SELEBRITI DI BAFTA AWARDS 2024

Bacaan Lanjut
PP Krit

10 GAYA FESYEN PP KRIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut