GAYA MENSWEAR TERBAIK DI THE FASHION AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
The Fashion Awards yang berlangsung pada 3 Disember lalu meriah dengan kehadiran personaliti dan selebriti ternama.
Dikenali sebagai British Fashion Awards sehingga tahun 2016, ia merupakan acara tahunan yang ditubuhkan di United Kingdom pada 1989 untuk memberi penghargaan kepada individu yang memberi sumbangan cemerlang kepada industri fesyen sepanjang tahun.
Selain itu ia turut membuat kutipan dana untuk BFC Foundation, yayasan yang membantu menyediakan pendidikan, pemberian geran dan bimbingan perniagaan kepada pendatang baru dalam industri.
Acara yang berlangsung di Royal Albert Hall London itu menyaksikan majoriti tetamu memberi penghormatan kepada beberapa pereka fesyen terkenal dengan menyarung koleksi terkini mereka.
Karpet merah tahun ini hangat dengan kemunculan selebriti wanita dalam gaun mempesona yang menggabungkan elemen warna terang, kilauan, bulu, ropol dan fabrik jarang antaranya. Selebriti lelaki yang hadir juga tentunya tidak kalah bergaya.
Tinjau beberapa gaya segak bintang lelaki di The Fashion Awards tahun ini
A$AP Rocky menggayakan Bottega Veneta
Joe Jonas memilih sut Prada
Lucien Laviscount segak dalam persalinan Dolce & Gabbana
Kojey Radical tampil unik dalam persalinan Etro
Glen Powell
Odeal
Jamie Dornan menggayakan Loewe
Charles Jeffrey memilih sut McQueen
Tom Ford
Law Roach
Richard Gadd
Foday Dumbuya
William Gao
Tinie Tempah
Archie Madekwe
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: KERLIPAN BINTANG HOLLYWOOD DI GOTHAM AWARDS 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
15 PALING SEGAK DI SAG AWARDS 2025 PILIHAN GLAM LELAKI
Semak beberapa gaya selebriti lelaki paling menyerlah di SAG Awards ke-31 yang berlangsung di Los Angeles, California.
10 PASANGAN ROMANTIS YANG MENYERIKAN ANUGERAH GRAMMY 2025
Permaidani merah Anugerah Grammy ke-67 menyaksikan kehadiran pasangan kelas-A dalam persalinan memukau mata.
FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH ANUGERAH GRAMMY 2025
Dalam banyak-banyak anugerah, Grammy cenderung menampilkan gaya karpet merah paling menyeronokkan. Tahun ini juga tidak mengecewakan.
STAIL BINTANG BRIDGET JONES: MAD ABOUT THE BOY DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Tinjau penampilan pelakon Bridget Jones: Mad About The Boy di acara karpet merah yang berlangsung di Paris.
MOMEN FESYEN SELEBRITI DI SUNDANCE FILM FESTIVAL 2025
Acara filem bebas yang ditunggu-tunggu, Sundance Film Festival kembali pada tahun ini bermula dari 23 Januari hingga 2 Februari.
GAYA TIMOTHEE CHALAMET & BINTANG A COMPLETE UNKNOWN DI ACARA TAYANGAN PERDANA
Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles hangat dengan kehadiran barisan pelakon untuk tayangan filem biopik A Complete Unknown.