GAYA PASANGAN AWAL ASHAARI & SCHA ALYAHYA PILIHAN GLAM LELAKI
Pasangan serasi Awal Ashaari dan Scha Alyahya sekali lagi membuktikan bahawa gaya dan keanggunan boleh berjalan seiring dengan kesederhanaan. Setiap kemunculan mereka, sama ada dalam busana tradisional atau gaya moden kasual, memancarkan aura pasangan matang yang elegan, berkarisma dan sentiasa menjadi inspirasi fesyen tempatan.
#1 GAYA FORMAL ELEGAN DI SEBALIK SUT DAN SILUET
Awal Ashaari tampil segak dengan sut berpotongan rapi yang menyerlahkan bahu tegap dan karakter maskulinnya. Sementara Scha Alyahya memancarkan keanggunan moden dalam gaun berstruktur lembut. Keserasian warna jacket berona khakis dan palet warna putih serta tekstur pakaian mereka mencipta harmoni visual yang tenang dan selesa. Gaya pasangan ini memahami bahawa kemewahan sebenar tidak perlu berlebihan, cukup dengan keyakinan dan kesederhanaan.
#2 MODEN, DAN PENUH PERSONALITI
Ketika mengenakan busana kasual, pasangan ini membuktikan bahawa gaya santai tidak bermakna mengorbankan elemen sofistikasi. Awal memilih helaian asas dengan potongan moden. Kemeja polos dan seluar tailored, manakala Scha menambah sentuhan feminin dengan jaket longgar dan aksesori bag tangan twisted berona merah jambu. Foto ini memaparkan sisi realistik mereka; dua insan yang hidup penuh gaya, namun tetap sederhana dan autentik.

#3 POTRET MONOKROM ROMANTIK
Awal dan Scha berdiri bersebelahan dengan ekspresi yang tenang dan karisma, seolah-olah masa terhenti untuk mereka berdua. Gaya Scha juga dilengkapi dengan aksesori minimal daripada Bvgalri. Nuansa monokrom memberi penekanan kepada emosi dan keintiman, menjadikan gambar ini bukan sekadar potret fesyen, tetapi cerminan hubungan dua jiwa yang telah melalui perjalanan penuh warna.

#4 TRADISI DAN ARUS KEMODENAN
Awal Ashaari dan Scha Alyahya menyerlah sebagai pasangan yang memadukan tradisi dan kemodenan dengan penuh gaya. Scha tampil menawan dalam busana hitam berpotongan longgar yang memberikan aura misteri dan sofistikated, disempurnakan dengan beg hijau lembut sebagai penyeri keseluruhan penampilan. Di sisi beliau, Awal memancarkan pesona maskulin dalam baju Melayu rona jingga lengkap dengan songket dan tanjak moden. Simbol lelaki berkarisma yang tahu menyeimbangkan gaya moden dan nilai warisan.
#5 TENANG DAN BERSAHAJA
Awal Ashaari dan Scha Alyahya menampilkan gaya effortless elegance yang menjadi identiti pasangan ini. Scha memilih ensemble moden tradisional dengan sentuhan flora lembut dan lapisan kain bercorak yang memberi tekstur serta keanggunan klasik. Penampilannya disempurnakan dengan gaya minimal. Rambut disisir rapi dan aksesori yang sederhana. Di sisi Scha, Awal tampil maskulin dalam kemeja linen berona sand beige yang serasi dengan palet lembut keseluruhan gambar. Tanpa perlu berlebihan, pasangan ini membuktikan bahawa gaya sebenar hadir daripada keselesaan, keserasian dan ketenangan yang terpancar secara semula jadi.
Artikel Berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-AWAL ASHAARI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PEMPENGARUH FESYEN BERBANGSA CINA YANG TERKENAL DI MALAYSIA
Pempengaruh fesyen berbangsa Cina di Malaysia merupakan individu yang amat berpengaruh dalam dunia fesyen tempatan.
5 PAWAGAM MEWAH DI KUALA LUMPUR UNTUK PENGALAMAN MENONTON ‘FIRST CLASS’
Kuala Lumpur kini menyajikan barisan pawagam mewah untuk meningkatkan lagi pengalaman ketika anda keluar menonton wayang.
KENALI ANAK LELAKI SELEBRITI MALAYSIA YANG MAKIN MENJADI PERHATIAN
Generasi baharu buat anak lelaki selebriti di Malaysia semakin lama menjadi bualan ramai kerana karenah tersendiri.
6 JENAMA BAJU MELAYU RAYA 2026 PILIHAN GLAM LELAKI
Koleksi Baju Melayu untuk Raya 2026 kali ini sudah mula dipaparkan. Pelbagai jenis koleksi menarik boleh dilihat.
TOP 6 PELAKON LELAKI ASEAN YANG MENJADI ‘CRUSH’ RAMAI
Enam pelakon lelaki ASEAN yang menjadi kegilaan ramai dari Thailand, Malaysia, Korea hingga Singapura. Karisma, bakat dan pesona layar.
RAMADAN 2026 PENUH MAKNA: DESTINASI RASA DI LE MÉRIDIEN PUTRAJAYA
Ramadan 2026: Destinasi Rasa, Le Méridien Putrajaya menampilkan warisan kulinari Malaysia dan pengalaman berbuka penuh makna.

















