GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Selebriti-selebriti Asia mendominasi musim fesyen kali ini dengan wajah mereka berada di serata acara Milan Fashion Week Men’s SS26.
Minggu fesyen musim bunga/panas 2026 di Milan baru sahaja berakhir. Milan Fashion Week Men’s SS26 dimulakan dan diakhiri dengan pelbagai koleksi menarik dari jenama-jenama antarabangsa yang cukup versatil dalam mengekspres karya masing-masing. Dalam setiap satu acara Milan Fashion Week 2026 kali ini, wajah-wajah Asia menjadi kebanggaan atas pencapaian mereka dijemput ke acara fesyen antarabangsa ini.
Menariknya, kali ini wajah-wajah Asia mencuri perhatian di barisan hadapan acara-acara utama. Dari Korea Selatan ke Malaysia, Jepun, dan Thailand, ramai selebriti Asia menerima undangan eksklusif ke pertunjukan fesyen jenama-jenama mewah seperti Prada, Dolce & Gabbana, Emporio Armani dan banyak lagi. Mereka bukan sekadar hadir, tetapi tampil bergaya dengan penampilan penuh keyakinan dan cita rasa tinggi yang memikat lensa kamera serta perhatian penggiat fesyen antarabangsa.
Kehadiran mereka membuktikan bahawa pengaruh selebriti Asia dalam landskap fesyen global semakin berkembang pesat, dengan banyak rumah fesyen mula mengiktiraf kekuatan jenama peribadi serta daya tarikan pasaran Asia. GLAM Lelaki menyenaraikan beberapa selebriti Asia yang mencuri tumpuan di Milan Fashion Week Men’s SS26. Mereka tampil dengan gaya tersendiri, meninggalkan impak yang tidak dapat dilupakan
#1 Kai (EXO) – PRADA
#2 Sana (TWICE) – Prada
#3 Win Metawin – Prada
#4 Kentaro Sakaguchi – Prada
#5 Namtan Tipnaree – Prada
#6 Lee Dohyun – Prada
#7 TransfOrm Project – Prada
#8 ALVN – Prada
#9 Jungwoo (NCT) – Tods
#9 Jack Gohr – Tods
#10 Keita Machida
#11 Kim Woo-bin – Ralph Lauren
#12 ALVN – Dolce & Gabbana
#13 Hael Husaini – Dolce & Gabbana
#14 Jung Hae-in – Dolce & Gabbana
#15 Hael Husaini – Emporio Armani
#16 ALVN – Emporio Armani
Setiap selebriti Asia ini datang dengan gaya yang memukau. Yang membanggakan lagi, selebriti dari Malaysia seperti Hael Husaini, ALVN dan Jack Gohr turut hadir ke acara fesyen ini.
Pautan Berkaitan: HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Hael Husaini dan ALVN menjadi antara wajah dari Malaysia yang menghadiri acara Milan Fashion Week Men's SS26 tahun ini.
NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY
Lagu-lagu new release K-pop semestinya menjadi satu keperluan untuk di dengari setiap kali dilancarkan di platform-platform muzik digital.
A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU
Stronger With You bersama enam individu hebat- Aedy Ashraf, Han Pin, Aniq Suhair, Ikmal Amry, Mierul Aiman dan Nabil Aqil.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.
8 KONSERT KOREA SELATAN BAKAL KE MALAYSIA
Peminat muzik Korea Selatan bakal dihiburkan oleh pelbagai artis dari berbeza genre setiap hujung minggu dengan konsert yang tidak terhenti.
8 JENAMA FESYEN MANFAAT TEKNOLOGI AI
Jenama fesyen besar dunia kini tidak lagi bergantung pada iklan tradisional untuk menarik perhatian pelanggan. Teknologi AI adalah masa kini.