Skip to content

GAYA SELEBRITI DI KARPET MERAH ANUGERAH JUARA LAGU 38 #AJL38

GAYA SELEBRITI DI KARPET MERAH ANUGERAH JUARA LAGU 38 #AJL38

Kongsikan artikel ini

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 38 atau AJL 38 yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada 3 Mac 2024 berlangsung meriah dan gilang-gemilang.

Menampilkan Fizi Ali dan Fiza Frizzy sebagai hos karpet merah serta Sherry Alhadad sebagai pengacara majlis, TV3 memberi kejutan pada saat akhir apabila mengumumkan Alif Satar sebagai hos gandingan. Sekali gus menjawab spekulasi peminat tentang kemungkinan bahawa Sherry tidak akan berseorangan di atas pentas.

Anugerah Juara Lagu 38 memberi penghormatan kepada barisan komposer, penulis lirik dan penyanyi terbaik bagi tahun 2023. Setiap tahun anugerah muzik ini menobat pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu.

AJL 38 yang dibawakan oleh Alha Alfa sebagai penaja utama dan Applecrumby selaku penaja bersama mengangkat tema Muzikaverse, gabungan perkataan Muzik dan Multiverse. Elemen ini menggabungkan dunia penyanyi, penulis lirik dan komposer berbeza dalam mencipta sebuah karya baharu.

Tahun ini menyaksikan 12 lagu berentap untuk merangkul trofi AJL. Tuah berpihak kepada Amir Jahari apabila lagu Hasrat dinobat sebagai Juara. Tempat Kedua dimenangi oleh Sutera (Aisha Retno) manakala Tempat Ketiga milik Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul). Aina Abdul turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa. Persembahan Terbaik dimenangi Aisha Retno.

Selain barisan pemenang, penampilan para selebriti turut mencuri perhatian. Tidak kira artis lelaki mahupun wanita, masing-masing kelihatan kacak dan menawan kala melewati karpet merah.

Lihat stail selebriti di Anugerah Juara Lagu 38

Dato Alha Alfa

Diana Danielle

Fizo Omar

Emma & Chacha Maembong

Erul Samah

Rozita Che Wan

Amir Jahari

Aisha Retno

Zaki Yamani

Wani Kayrie

Hael Husaini

Shiha Zikir

Agy

Sarah Suhairi

Riena Diana

Yazmin Aziz

Dayah Bakar

Amy Mastura

 

Foto: Facebook/Instagram

Pautan berkaitan: 15 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 35