RECAP STAIL PERIBADI SELEBRITI LELAKI DI KLFW 2023
“KLFW is back once again!” Selain pertunjukan fesyen, KLFW pentas terbaik untuk menyaksikan gaya selebriti lelaki, individu-individu belakang tabir dalam industri fesyen, serta pempengaruh tempatan dan bagaimana mereka intrepretasikan fesyen.
KLFW pastinya tempat yang paling sesuai untuk berhubung dengan komuniti fesyen dan mempelajari tentang trend dan petua fesyen terkini.
Selaras dengan objektif utamanya, KLFW mempromosikan industri secara keseluruhan kerana tetamu selalunya termasuk fashion buyers, stylists dan selebriti yang memainkan peranan penting dalam pengiklanan.
Kali ini setiap fashion show dibanjiri oleh selebriti lelaki tempatan yang berani untuk bergaya. Ini recap gaya selebriti pilihan kami.
GAYA SELEBRITI LELAKI DI KLFW 2023
1. HISYAM HAMID

Foto: Instagram/Hisyam Hamid
Hisyam Hamid memperagakan busana daripada Abu Shaef Hamza. Pereka fesyen ini terkenal dengan signature yang berwarna hitam. Look ini melambangkan pegangan strength dan togetherness.
Abu Shaef Hamza juga hebat dalam konsep tailoring dan mengambil fesyen lelaki dengan memberikan sentuhan women twist yang berani dengan menekankan pakaian gender fluid.
2. MIERUL AIMAN

Foto: Instagram/Mierul Aiman
Siapa tidak kenal Mierul Aiman yang telah mengayakan black suit rekaan Rizman Ruzaini. Black suit tersebut semestinya tampak classy! Dengan sentuhan Rizman Ruzaini, Mierul Aiman berjaya pull off rekaan Rizman Ruzaini itu dengan tidak perlu mencuba.
3. HAEL HUSAINI

Foto: Instagram/Hael Husaini
Hael Husaini menghadiri KLFW 2023 di Platinum Park Kuala Lumpur dengan mengayakan rekaan pereka fesyen Kit Woo. Look yang digayakan oleh Hael Husaini membawa unsur seni dan fesyen, deconstructing design. Look ini juga bermain dengan siluet dan panjang klasik.
4. SEAN LEE

Foto: Instagram/Abu Shaef Hamza
Pada pertunjukan fesyen malam itu, Sean Lee juga kelihatan di sana untuk pertunjukan Abu Shaef Hamza. Sean Lee memperagakan oversize blazer berwarna hitam dan digayakan dengan oversize trouser. Looking dashing!
5. ADAM LEE

Foto: Instagram/Adam Lee
Adam Lee, yang merupakan suami kepada Sweet Qismina, tampil dengan padanan rekaan daripada Rizman Ruzaini di KLFW tahun ini. Pelakon lelaki itu menggayakan kemeja dan seluar hitam serta harness rekaan Rizman Ruzaini. Benarlah orang kata, less is more.
Artikel berkaitan: 10 Gaya ‘Lit’ Di GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
HAEL HUSAINI, PERJALANAN MUZIK, SEBUAH PERJALANAN DIRI
Bagi Hael Husaini, perjalanan dalam muzik bukan sekadar tentang mengejar pencapaian, tetapi proses yang membentuk dirinya sebagai pemuzik.
7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25
Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal berlangsung dengan barisan nama besar serta bakat baharu yang mencuri perhatian
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
“CONFIDENCE IS THE KEY, KAN?” SHARUL KAMAL. KENALI PENYANYI DAN PELAKON YANG MULA MENJADI SEBUTAN.
Menjelang usia 30, Sharul Kamal tidak sekadar meraikan pencapaian, tetapi melihat muzik dan lakonan sebagai medium untuk menyampaikan rasa dan inspirasi.











