Gelombang kedua kempen KENZO X H&M
Teks: Abdul Aziz Draim Gambar: H&M

Chance The Rapper untuk Kenzo X H&M
Gelombang kedua kempen KENZO x H&M sudah tiba!
H&M kini mengeluarkan tiga imej terkini daripada kempen KENZO x H&M, hasil garapan pengarah cukup kreatif, Jean-Paul Goude. Imej-imej awal ini mempersembahkan duta-duta pertama kempen ini yakni supermodel Iman, artis hip hop kian meningkat Chance The Rapper, juga rapper Suboi.

Suboi untuk Kenzo X H&M
Untuk kempen ini, Jean-Paul Goode menerapkan aplikasi potongan dan susunan imej yang bukan sahaja berjaya mencerminkan tenaga, jiwa dan karakter koleksi ini, namun sememangnya satu pendekatan yang sudah sebati dengan identitinya sebagai seorang innovator dalam penghasilan imej.

Iman untuk Kenzo X H&M
Seramai 7 individu global telah dipilih mewarnai kempen KENZO x H&M, masing-masing dengan latar belakang yang merangkumi arena muzik, fesyen, seni dan bidang aktivisme. Turut membintangi kempen ini kelak ialah selebriti Rosario Dawson, Ryuichi Sakamoto, Chloë Sevigny dan Xiuhtezcatl Martinez.
Selain daripada tiga imej baru yang dikeluarkan hari ini, para peminat Kenzo ataupun warga fesyen secara amnya sudah boleh melihat sebahagian daripada persalinan koleksi yang ditunggu-tunggukan ini melalui video belakang tabir pembikinan iklan kempen, hasil sentuhan pengarah Swedish, Max Vitali.
Kempen KENZO x H&M akan dilancarkan sepenuhnya bermula Oktober 17.
Di Malaysia, Koleksi KENZO x H&M akan dijual di butik H&M Lot 10 dan H&M Avenue K bermula 3 November, 2016. Jangan lupa tandakan dalam kalendar anda!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEE MIN-HO BERSAMA BINTANG TERKEMUKA LAIN MENGHIASI KEMPEN BOSS
SELEBRITI KOREA SELATAN, LEE MIN-HO ANTARA YANG MENJADI WAJAH UTAMA KEMPEN BOSS MUSIM LURUH 2022. ‘ATTITUDE’ BOSS YANG BAHARU DITERJEMAHKAN MELALUI PENAMPILAN SEKUMPULAN INDIVIDU BERPENGARUH. WELCOME TO THE NEW ERA OF BOSS!
KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Uniqlo mempersembahkan himpunan yang menghidupkan semula helaian klasik dalam ilham nan autentik untuk gaya hidup hari ini.
CARHARTT WIP X SUICOKE, SANDAL KLASIK SILUET SEGAR
Memperkasakan lagi trend sandal, Carhartt WIP dengan kerjasama kreatif Suicoke hadirkan dua rekaan sandal terkini.
APLIKASI STYLEHINT, PLATFORM STAIL UNIQLO GLOBAL
Uniqlo melancarkan aplikasi StyleHint yang membenarkan pengguna untuk mendapatkan helaian kegemaran dan inspirasi stail daripada peminat fesyen dari seluruh dunia.
SEPATU STYLISH UNTUK BEPERGIAN. FERRAGAMO NOMADIC PILIHAN TEPAT.
Sepatu praktikal lagi stylish menjadi keutamaan. Tampil bergaya kala bercuti dengan menyarung Ferragamo Nomadic.
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.