GL25: SOROTAN EKSKLUSIF TAHUN PENUH PENGARUH
Tahun 2025 menandakan tahun yang penuh momentum buat GLAM Lelaki dengan recap sepanjang tahun bersama GL25.
GLAM Lelaki melangkah gagah sepanjang 2025 sebagai peneraju gaya hidup lelaki moden. Kami meraikan pencapaian yang berpengaruh, kolaborasi global dan barisan personaliti yang mengubah wajah industri kreatif negara. Dari kemunculan pada isu cetakan hingga ke pentas acara eksklusif, setiap detik menjadi bukti keberanian GLAM Lelaki menetapkan standard baharu dalam fesyen dan budaya lelaki masa kini.
Bahagian ketempat GL25 ini membawa anda menelusuri sorotan paling signifikan tahun ini. Kemunculan wajah-wajah muda penuh potensi, kerjasama sinematik dan peragaan jenama berprestij, serta momen budaya pop yang menguasai perbualan. GL25 bukan sekadar himpunan kenangan, tetapi sebuah manifestasi pengaruh dan evolusi GLAM Lelaki dalam mendefinisikan arah masa depan lelaki moden.
#16 Gabungan Gaya Dan Muzik G-Dragon
Kuala Lumpur kembali bergetar apabila G-Dragon menggegarkan pentas Axiata Arena selama dua malam berturut-turut pada bulan Jun lalu. Ikon K-pop itu bukan sahaja memukau dengan persembahan penuh tenaga dan lagu-lagu nostalgia yang menggamit memori peminat, malah gaya fesyennya yang eksperimental dan berani terus menjadi rujukan utama GLAM Lelaki. Sebuah malam yang mengingatkan kita mengapa G-Dragon kekal sebagai legenda dalam muzik, fesyen dan budaya pop global.
#17 Filem Asia Pilihan GLAM Lelaki
Tahun ini, GLAM Lelaki memberi spotlight kepada dua naskhah filem dari rantau ini yang mencuri tumpuan. Gayong, yang ditayangkan pada Mei 2025. Ia menampilkan lakonan bertenaga Beto Kusyairy sebagai seorang pesilat. Sempena tayangan perdananya, GLAM Lelaki turut merakam GL Roompass eksklusif bersama Beto, menyelami persediaan serta dedikasinya di sebalik filem tersebut.
Sementara itu, Pangku, arahan Reza Rahadian dan dibintangi oleh Fedi Nuril, hadir sebagai naskhah emosi dari Indonesia yang mencetus perbualan industri. Ketika Reza berada di Malaysia untuk promosi filem itu, GLAM Lelaki berpeluang menemubual pengarah tersohor ini bagi membicarakan proses kreatif serta mesej mendalam yang dibawa Pangku.
#18 Pembukaan Butik Lilanz
LILANZ melancarkan cawangan keduanya di Malaysia dengan konsep butik Future Business pertama di dunia. Mereka memperkenalkan pengalaman fesyen lelaki yang lebih futuristik dan berteknologi tinggi. Diinspirasikan oleh mod perjalanan moden seperti kereta api, pesawat dan kapsul angkasa, butik ini menawarkan eksplorasi gaya yang lebih inovatif dan imersif. Untuk pengetahuan, cawangan pertama LILANZ di Malaysia terletak di SkyAvenue, Resorts World Genting Highlands. GLAM Lelaki sempat singgah ke kedua-dua butik ini dan merasai pengalaman yang cukup menarik.

#19 GL Girl Crush
GLAM Lelaki terus mengangkat pesona wanita moden menerusi segmen GL Girl Crush yang menghimpunkan gadis jelita dari pelbagai latar. Fesyen, hiburan, kecantikan dan gaya hidup. Mereka bukan sahaja memiliki rupa paras menawan, tetapi turut mencerminkan keyakinan, karakter dan aspirasi generasi baharu. Tahun ini, seramai 12 personaliti dipilih sebagai GL Girl Crush pilihan GLAM Lelaki, masing-masing dengan kisah dan keunikan tersendiri.
Menerusi temubual eksklusif, GLAM Lelaki menyelami perjalanan dan inspirasi mereka. Dari langkah awal dalam industri sehinggalah impian besar yang sedang mereka kejar. Nina Hasnul, Sharifah Areeqa, Maya Letisha, Za, Dhan Illiani, Alysia Basree, Aidaho, Amanda Amry, Qadeja Mussadiq, Hajjar, Arabella Ellen dan Arena Wan. Setiap satu dari mereka terus mencorakkan budaya pop dan gaya wanita masa kini.
#20 GLAM Lelaki x Armani Beauty
Emporio Armani memperkenalkan sebuah era baharu dalam dunia wangian mewah dengan pelantikan Nicholas Galitzine sebagai wajah global kempen terbarunya — satu pilihan yang mencerminkan karisma maskulin moden, penuh aura namun tetap elegan. Bagi meraikan pelancaran haruman Armani EA Stronger With You, GLAM Lelaki mempersembahkan enam figura lelaki yang menjadi cerminan sebenar daya tarikan kontemporari.
Setiap daripada mereka membawa personaliti unik, keyakinan yang terserlah serta kisah perjalanan yang memperkukuh identiti mereka. Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Nabil Aqil, Han Pin Ma, Ikmal Amry dan Aniq Suhair. Mereka bukan sahaja menjadi peneraju dalam bidang masing-masing, tetapi turut melambangkan esen aroma ini — kehangatan, kekuatan dan hubungan yang bermakna dalam kehidupan seorang lelaki.
Pautan berkaitan: GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI
GL25: Sepanjang 2025, GLAM Lelaki terus memperteguh naratif lelaki moden menerusi deretan pencapaian dan kolaborasi eksklusif.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
FILEM PANGKU, LAKONAN CLARESTA TAUFAN, FEDI NURIL & ARAHAN REZA RAHADIAN
Filem Pangku arahan Reza Rahadian kini ditayangkan di Malaysia dengan jalan cerita penuh peribadi dan menyentuh emosi penonton.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
POP-UP ‘ARMANI IN THE SPOTLIGHT’ MENJADI PERHATIAN DI PAVILION KL
Armani Beauty bawa kemewahan dan keanggunan ke tengah kota dengan pelancaran pop-up Armani In The Spotlight, kini berlangsung di Pavilion KL.











