Skip to content

GMBB MENGACARAKAN SOUK RAYA 2019 MEMPAMERKAN REKAAN PEREKA TEMPATAN SEPANJANG RAMADAN

Kongsikan artikel ini

GMBB, pusat membeli-belah pertama yang dibina khas untuk kreativiti akan menjadi tuan rumah kepada acara Souk Raya 2019, pasar raya yang bertemakan konsep Maghribi pada sepanjang bulan Ramadan. GMBB sebagai penaja lokasi bekerjasama dengan AX Events and Communications sebagai penganjur. Souk Raya dilancarkan dengan pertunjukan fesyen yang menunjukkan lebih daripada 30 gaya menarik dari 9 pereka yang terkenal untuk pakaian wanita dan lelaki serta pakaian kanak-kanak.

Pertunjukan fesyen ini menampilkan rekaan siap dipakai (ready-to-wear) dan couture dari pereka tempatan seperti Shanell Harun, Raya oleh Calvin Thoo, Koleksi De Bunga Raya oleh Ridzuan Bohari, Chic Cool Chica oleh Tom Signature untuk pakaian wanita manakala Goodman dan Dato Shah Reza untuk gaya lelaki. Lain-lain jenama pereka Kids by ASLI untuk kanak-kanak, Najla Shoes, aksesori oleh Suzanna dan bunga-bungaan oleh Bunga Lab.

Souk Raya adalah pasar trend dan fesyen urban unik yang diadakan sepanjang bulan Ramadan. GMBB ialah lokasi yang dipilih secara khusus bagi menyediakan pengunjung dan pembeli untuk merasai pengalaman membeli-belah yang berbeza. Ini adalah tahun pertama GMBB menganjurkan acara seperti ini bagi membangkitkan cita rasa artisan serta pengalaman peruncitan bebas di mana daya kreativiti menjadi perhatian utama. Dari couture hingga rekaan siap dipakai (ready-to-wear) pada harga yang berpatutan, pembeli turut boleh dapati pelbagai variasi pilihan lain seperti pakaian, kasut, tudung dan aksesori.

Souk Raya berpamerkan di tingkat 1 dan 2 di GMBB. Dengan pelbagai tawaran menarik yang disediakan bersempena sambutan Hari Raya, pengunjung dialu-alukan untuk melawat Souk Raya 2019 dari hari ini hingga 31 haribulan setiap hari bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut tentang Souk Raya dan senarai aktiviti terkini di GMBB, sila ikuti kami di Facebook (https://www.facebook.com/gmbbkl/) atau Instagram kami di (https://www.instagram.com/gmbb.kl/).

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEDANGKALAN JUSTIN BIEBER & HAILEY MENGENAI RAMADAN MENGUNDANG KECAMAN DUNIA

KEDANGKALAN JUSTIN BIEBER & HAILEY MENGENAI RAMADAN MENGUNDANG KECAMAN DUNIA

Bacaan Lanjut
10 BINTANG TERKENAL YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU BERAGAMA ISLAM

10 BINTANG TERKENAL YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU BERAGAMA ISLAM

Bacaan Lanjut
FATTAH AMIN KEMBALI DENGAN BUAH TANGAN BARU SEMPENA RAMADAN

FATTAH AMIN KEMBALI DENGAN BUAH TANGAN BARU SEMPENA RAMADAN

Bacaan Lanjut
mulut berbau puasa

4 TIP ELAK MULUT BERBAU KETIKA BULAN PUASA

Bacaan Lanjut

8 LOKASI BERBUKA PUASA PILIHAN GLAM LELAKI RAMADAN INI

Bacaan Lanjut

“TEMAN PALING SEMPURNA DI BULAN RAMADAN” – DR. SAY SHAHARUDDIN

Bacaan Lanjut