Skip to content

GUCCI BASKET, HIGH-TOP TRAINERS YANG COOL

GUCCI BASKET, HIGH-TOP TRAINERS YANG COOL

Kongsikan artikel ini

TAWARAN AKSESORI GUCCI UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2021 TERNYATA BERVARIASI DAN BERAGAM KARAKTER. GUCCI BASKET ANTARA FOKUS UTAMA CIPTAAN GUCCI DARI HIMPUNAN OUVERTURE. 

Budaya sukan kekal menginspirasikan Gucci dalam mencemerlangkan himpunan aksesori termasuklah rangkaian sniker terkini, Gucci Basket. Gucci Basket diperkenalkan sempena melangkah masuk musim baharu, yang direka sepenuhnya oleh Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele. 

Reka bentuk high-top mengambil inspirasi dan menyalin identiti dari sukan bola keranjang yang membentuk trend fesyen sejak sukan tersebut meraih populariti dan menjadi kegemaran di kalangan golongan lelaki sejak era ‘70-an lagi. 

Mengamati pengaruh budaya dan sukan bola keranjang yang kuat, Gucci Basket dari himpunan Ouverture teguh bersiluet high-top-mirip kasut pemain bola keranjang yang sebenar. Sniker Gucci Basket diinovasi menggunakan material kelestarian. Lebih daripada 70 peratus bahan yang digunakan terutamanya pada permukaan atas kasut berasal dari bahan sumber lestari dan boleh diperbaharui. Ia sebahagian daripada usaha Gucci menuju ke kelestarian fesyen. 

Kasut Gucci Basket memiliki rupa ‘distressed’, disatukan dengan butiran warna-warna terang secara campuran. Lalu membentuk gagasan waran yang ‘bold’, memikat serta menyerlahkan sifat playful. Turut sama, menampilkan nada atletik yang kuat. Memberi ide gaya yang ideal dedikasi golongan fesyen yang meminati trend gaya jalanan. 

Punya rekaan yang distingtif, Gucci Basket dilengkapi tapak kasut biru, bahagian atas mesh warna ungu, kusyen pada keliling sniker dan tali kasut warna hijau. Trim getah kasut direka dengan corak Gucci, termasuklah logo G yang ditampilkan pada lidah dan permukaan luar kasut. 

Ternyata, Gucci Basket terinspirasi dari bidang sukan, direka untuk semua gender yang tidak terbatas buat mana-mana individu. Disertakan tag istimewa pada sniker yang hadir dalam tiga kombinasi warna dan fabrik yang berbeza-beza. Sepasang lagi sniker baharu yang patut dimiliki untuk musim ini. 

 

Artikel berkaitan: PENYATUAN HERON PRESTON & CALVIN KLEIN HASILKAN KOLEKSI YANG MINIMAL DAN MODEN

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut