HANGAT MUSIM INI: LV RUNNER TATIC
SNIKER BAHARU TARUHAN LOUIS VUITTON YANG MENCIPTAKAN NUANSA KONTEMPORARI. KASUAL NAMUN JUGA ELEGAN, TIDAK MENJURUS HANYA PADA SATU GAYA SAHAJA.
Louis Vuitton melancarkan kasut ikonik baharu, dengan model pertama ditawarkan secara eksklusif di Miami, di butik LV lelaki pertama di Amerika. Menaruhkan nama LV Runner Tatic, model unik ini kini menyertai himpunan kasut Louis Vuitton yang mewah.

Dengan reka bentuknya menggarap semangat berlari dari tahun ‘90-an dan lengkungannya, ia adalah kasut yang paling fleksibel, teknikal dan punya stail tersendiri.
Reka bentuknya menggabungkan pelbagai kemahiran; tapaknya berbentuk gelombang, selesa dan daya tahan tinggi, disuntik dengan foam. Supaya membolehkan ia melantun saatnya dipakai, seterusnya memenuhi kemahuan untuk pergerakan sempurna.
Konstruksi kasut diperbuat daripada kepingan mesh dan kulit anak lembu suede, dipasang haba, dengan bilangan jahitan minimum yang diperlukan. Bunga Reflective Monogram terpapar secara terperinci, menyerlahkan lagi keseluruhan rekaan.

Dengan rupa cool yang memaut, LV Runner Tatic mengadaptasi inspirasi dari koleksi musim bunga 2022, dan bakal bergelar rekaan sniker yang ikonik.
LV Runner Tatic telah dilancarkan pada Januari lepas dengan lima variasi yang sangat menawan, dengan kontra warna yang memikat (biru, mocha, dan putih antaranya) atau monokromatik. Lima warna sebagai opsyen ini menawarkan gabungan bahan yang sama, serta logo Louis Vuitton yang dihiaskan pada lidah kasut. Keseluruhan rekaan menampilkan identiti LV baharu yang dinamik dan kontra, disulam pada tetulang kasut.
LV Runner Tatic sesuai dikenakan dengan padu gaya sporty, atau mengenakannya dengan gaya kasual, jika itu kesukaan mu.
Artikel berkaitan: #GUCCIPINEAPPLE BERSELERA LEBIH EKSENTRIK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.













