HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI
Headphone sebagai item fesyen bergaya terkini pilihan ramai. Ia akan menambah elemen yang lebih menyerlah dalam persalinan harian.
Penggunaan fon kepala, atau headphone sangat penting untuk kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Kini, headphone bukan sekadar alat untuk mendengar lagu tetapi juga satu item fesyen yang menjadi pelengkap gaya. Terdapat pelbagai jenama headphone dengan kelebihan dan rupa yang berbeza, boleh dipilih mengikut estetika pemakaian pencinta fesyen sendiri.
Menggunakan headphone sebagai item fesyen menambah lagi keunikkan dalam penggayaan pakaian harian. Dengan look yang lebih kasual mahupun formal, setiap gaya headphone yang menjadi pilihan mampu memberi efek yang dimahukan. Sebagai rujukan fesyen lelaki terkini, GLAM Lelaki akan senaraikan beberapa jenis headphone yang boleh dijadikan item fesyen penuh gaya terkini.
#1 Dyson OnTrac
Direka untuk keselesaan maksimum, Dyson OnTrac menampilkan lebih daripada 2,000 kombinasi warna yang boleh diubah suai mengikut citarasa, ataupun outfit anda. Di Malaysia, headphone ini tersedia dalam dua pilihan warna eksklusif, CNC Copper dan CNC Black Nickel. Reka bentuk yang dihasilkan dengan ketepatan ini, menampilkan kemasan yang unik, timeless dan tahan lama.

#2 Sony WH-1000XM5
Pernah tular di TikTok, Sony WH-1000M5 kini hadir dengan empat warna yang cukup minimalis dan estetik. Headphone ini terkenal dengan ciri noise cancelling mereka yang cukup hebat. Daripada bunyi kapal terbang hingga suara orang ramai, fon kepala Sony WH-1000XM5 lengkap dengan pembatalan bunyi berbilang mikrofon yang menyekat lebih banyak bunyi frekuensi tinggi dan sederhana berbanding sebelum ini. Reka bentuknya yang penuh bergaya juga mampu disuaikan dengan pakaian anda.

#3 Airpods Max
Juga menjadi kesukaan ramai, Airpods Max semestinya menjadi pilihan lebih-lebih lagi buat pengguna jenama Apple. Kini hadir dengan lima warna, Midnight, Starlight, Blue, Purple dan Orange. AirPods Max juga menyampaikan audio beresolusi tinggi yang sangat terperinci. Setiap komponen direka khas untuk menghasilkan bunyi yang sangat jelas dan bersih tanpa gangguan, dalam semua tahap bunyi yang boleh didengari, membolehkan anda mendengar setiap nada dengan tahap kejelasan yang baharu.

#4 Marshall Major V
Daripada bunyi ikonik Marshall yang menggegarkan hingga ke reka bentuknya yang tahan lama, setiap perincian Marshall Major V ini telah diperhalusi dengan teliti. Dengan lebih 100 jam masa main tanpa wayar serta reka bentuk lasak dan boleh dilipat, Major V ialah padanan terbaik untuk pengembaraan hebat anda yang seterusnya. Marshall Major V ialah antara fon kepala yang cukup terkenal dalam masa yang lama, membuktikan rekaan ini sangat timeless.

#5 adidas RPT-02 SOL
Cukup unik dengan dibina sebahagiannya daripada plastik kitar semula, adidas RPT-02 SOL ialah headphone sukan yang boleh dicas sendiri. Dilengkapi dengan masa main yang mencukupi, muzik boleh didengari bila-bila masa dengan penuh gaya, walaupun ketika bersukan. Sel solar Powerfoyle yang disepadukan ke dalam bahagian kepala mampu menukar semua jenis cahaya kepada tenaga bateri.

#6 Koss Porta Pro On-Ear
Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1984, Koss Porta Pro telah terbukti tahan uji masa kerana prestasinya yang mengagumkan dan reka bentuknya yang unik dan menarik. Dilengkapi dengan elemen dinamik yang menghasilkan respons frekuensi yang luas dan bass yang mendalam, Porta Pro menawarkan penghasilan bunyi yang luar biasa dengan pengalaman audio yang kaya dan terperinci.

#7 Bose QuietComfort Wireless
Headphone QuietComfort menyampaikan noise cancelling yang ikonik dan audio beresolusi tinggi dalam reka bentuk klasik yang selesa. Jangka hayat baterinya sehingga 24 jam untuk menyesuaikan dengan apa jua gaya hidup. Menampilkan mod pendengaran yang boleh disesuaikan selain pilihan Quiet dan Aware, fon kepala ikonik ini turut dilengkapi dengan kabel audio yang mempunyai mikrofon terbina untuk kegunaan tanpa Bluetooth.
Pautan Berkaitan: 8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.











