HIGHLIGHT INSPIRASI FESYEN K-POP JENAMA SPOA
Label fesyen Korea Selatan popular, SPOA baru-baru ini mengumumkan perlantikan kumpulan K-pop lelaki popular, Highlight sebagai duta bagi kedatangan kempen musim baru di Malaysia. Yang pasti, jika anda peminat fesyen Korea, mungkin sudah tiba masanya anda menyemak koleksi pakaian gaya Korea di butik SPOA.
SPAO menawarkan kelengkapan pakaian harian untuk lelaki yang menggemari gaya urban, hip dan young. Menawarkan trend terkini dari pakaian, tali leher, beg serta kasut, tidak mustahil SPOA bakal menjadi label kegemaran lelaki yang mementingkan kekemasan dan keunggulan gaya kala berfesyen.
Menurut Star2, label pakaian ini dilancarkan pada tahun 2009 dan kedai pertama telah dibuka di daerah Myeongdong di Seoul pada bulan September. SPAO kemudiannya memasuki Malaysia enam tahun kemudian di Parkson Elite Pavilion Kuala Lumpur sebagai butik pertamanya. Kempen SPOAXHighlight ini menyaksikan lima ahli kumpulan Highlight sebagai elemen promosi di kedai.
Dahulunya dikenali sebagai Beast, Highlight adalah salah satu band boy K-pop popular malah punya kelompok fans yang ramai! Kumpulan ini turut memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Dolden Disks, Anugerah Muzik Seoul dan Anugerah Muzik Melon. Buat rakyat Malaysia, label fesyen SPOA boleh ditemui di Parkson Elite Pavilion, IOI City Mall dan Sunway Velocity Mall di Lembah Klang, serta Paradigm Mall Johor Baharu.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Ogos 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS
Bersedia untuk mendominasi hari-hari bekerja anda dengan koleksi Ultimate Office Essentials dari Sacoor Brothers.
30 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 36
Lihat stail selebriti terkenal yang mencuri perhatian pada malam ABPBH 36.
10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!
Walau apa jua alasan anda untuk tampil lebih bergaya, ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mencapainya.
EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SMITH SEJAK TAHUN 90-AN
Ayuh imbas kembali detik fesyen Will Smith dan Jada Pinkett Smith sejak hampir tiga dekad lalu.
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN
Selepas menghasilkan lebih 100 koleksi selama 38 tahun, Dries Van Noten bakal mempersembahkan koleksi terakhirnya pada musim panas ini.
GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023
2024 is just around the corner! Jadi ini lah masa yang tepat untuk kita lihat siapakah lelaki yang paling stylish bagi tahun 2023 ini.