HIMPUNAN TAHUN BARU LUNAR DIOR & KENNY SCHARF PILIHAN GLAM LELAKI
SUDAH SIAPKAH ANDA MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU? DIOR & KENNY SCHARF HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL YANG ISTIMEWA DENGAN SEMANGAT TAHUN HARIMAU.
Dior siap menyambut musim perayaan dengan koleksi terbaru! Menghadirkan opsyen pakaian ready-to-wear serta seleksi aksesori dengan semangat perayaan tahun Lunar, menyampaikan harapan baru, perspektif segar, dan idea gaya untuk berpesta setelah semuanya berupaya keluar lagi. Menyambut tahun baru bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dialog dan idea kreatif antara Kim Jones dan Kenny Scharf yang tercetus sejak penghasilan koleksi Dior musim luruh 2021, diteruskan malah diperkasakan dengan koleksi terbaharu ini dedikasi tahun baru Lunar. Campuran bersama zodiak Cina, yang mana tahun 2022 merupakan tahun harimau. Artis Amerika tersebut mengolah lakaran the Water Tiger dengan mendefinisikan kepositifan, koleksi yang bertenaga, ada elemen gembira dan nyaman.
Motif pilihan Dior dan Kenny Scharf diubah menjadi cetakan, sulaman dan lencana yang terdapat pada helaian baju, helaian kait, seluar denim dan jaket. Setiap rekaan ditata ulang dengan rona biru, putih dan merah-warna bertuah yang menjadi kepercayaan dalam budaya Cina. Menciptakan opsyen gaya yang dinamik dan efek seni pada setiap rekaan menambah karakter.
Aksesorinya berani dan beraksen dengan warna elegan, sulaman, kancing kontras, dan tas bahu dengan bentuk yang terinspirasi dari gaya kesukanan. Sniker B27 hadir dalam kemasan kulit warna kelabu. Tas Dior Lingot 22 dan Dior Lock menawarkan tampilan chic dan moden pada padu padan anda.
#Dior
Artikel berkaitan: CALLING ALL THE MODERN MAN, IT’S FENDINESS!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.


















