IDENTITI & TRADISI TIDAK TERUSIK. INI 5 JENAMA BAJU MELAYU 2019 PILIHAN GLAM LELAKI
NAWY.MY – GABUNGAN SUNTIKAN MODEN DALAM KLASIK

GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit tentang diri anda?
NAWAWI ARIS: Baiklah, pertama sekali jutaan penghargaan saya ucapkan kepada GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama saya Nawawi Aris, berusia 30 tahun. Mempunyai enam adik beradik, dan saya melibatkan diri dalam peniagaan sepenuh masa.
GLAM Lelaki: Kongsikan idea di sebalik lahirnya jenama baju melayu anda ini? Kenapa baju melayu?
NAWAWI ARIS: Baju melayu jacket cutting telah dijual bermula tahun 2012 di inspirasikan dari potongan sut. Jadi kami gabungkan imej baju melayu dan sut untuk memberikan sedikit kelainan namun masih mengekalkan ciri kemelayuan tersebut. Penggunaan fabrik semi wool menambahkan kekemasan imej baju melayu kami tanpa melupakan ciri-ciri asal baju melayu yang kita agungkan. Fabrik kami dibeli dari luar negara untuk memastikan pelanggan kami mendapat fabrik yang terbaik dan unik.
GLAM Lelaki: Inspirasi dan identiti koleksi ini di mata anda?
NAWAWI ARIS: Kami terinspirasi dari ciri tradisional baju melayu digabung dengan ciri moden. Kami masih mengekalkan imej asal baju melayu cuma ditukar dengan cara jahitan dan finishing baju terbabit. Digabungkan dengan keunikan motif sampin dari Bali dan Thailand. Kelainan kami tahun ni semestinya sampin yang kami tempah khas dari Bali dan mengikut citarasa orang Malaysia. Alhamdulillah, sudah terjual ratusan helai dan kami bersyukur orang Malaysia boleh menerima produk sampin Bali kami. Tak dilupakan kami terkenal dengan sampin Thailand yang mula dibawa masuk tahun 2017, menyaksikan keunikan gabungan tersendiri keseluruhan set baju melayu kami.



GLAM Lelaki: Keistimewaan koleksi baju melayu ini berbanding jenama-jenama lain di luar sana?
NAWAWI ARIS: Keistimewaan kami tentulah daripada kemasan jahitan dan jenis fabrik yang kami gunakan. Fabrik semi wool atau cotton menjadi pilihan kami kerana tekstur dan kelembutan fabrik Jepun sememangnya menjadi sebab utama pelanggan kami memilih jenama kami.


GLAM Lelaki: Harapan anda pada koleksi ini?
NAWAWI ARIS: Sudah tentu harapan kami untuk sentiasa dapat memberi produk terbaik dan unik tanpa melupakan ciri-ciri kemelayuan dan tradisi kita. Buat mereka yang ingin mendapatkan baju eksklusif kami, anda boleh ikuti akaun Instagram @nawy.my. Sertakan sekali hashtag #nawy ya jika anda memuaturun baju melayu anda beli dari kami. Terima kasih.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
KLFW 2026 RECAP HARI KEDUA: UGLY PRETTY MENCORAK PENTAS RUNWAY
Ugly Pretty mencuri perhatian dengan koleksi It's Colourfully Bad, dipenuhi dengan keajaiban di atas runway pada hari kedua KLFW 2026.
KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI
Antara sorotan utama pada hari pertama KLFW 2026 ialah kehadiran ALPHA dalam dua pertunjukkan fesyen dalam hari yang sama.
ADAKAH SAMBUTAN KLFW DI KLCC PARK SUATU STRATEGI BIJAK?
Mengimbangkan kesesakan, kos, dan cuaca yang tidak menentu, adakah sambutan KLFW di KLCC Park suatu strategi bijak?
DUA HARUMAN BAHARU YSL BEAUTY, MYSLF EAU DE TOILETTE INTENSE & LE VESTIAIRE DES PARFUMS COEUR
Dua wangian baharu dari YSL Beauty, Myslf Eau De Toilette Intense & Le Vestiaire Des Parfums Coeur diperkenalkan buat lelaki di luar sana.
ZEVE LANCAR KOLEKSI MEN OF MEASURE, DEFINISI BAHARU GAYA LELAKI MODEN
Zeve hadir dengan koleksi terbaharu mereka, khas buat lelaki moden yang ingin tampil bergaya dan kemas, koleksi Men Of Measure.











