IDENTITI & TRADISI TIDAK TERUSIK. INI 5 JENAMA BAJU MELAYU 2019 PILIHAN GLAM LELAKI
AURA DAN ‘SOUL’ BAJU MELAYU MENYERLAH DENGAN MJESTIC COLLECTION

GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit tentang diri anda?
ZARIF AZRIE: Pertama sekali terima kasih buat editor web GLAM Lelaki kerana sudi menampilkan saya. Hye, nama saya Zarif Azrie b Zahari, berumur 28 tahun, anak sulung dari 5 beradik dan berasal dari Klang, Selangor. Mula berkecimpung dalam perniagaan secara kecil kecilan di kolej, bermula dengan mengambil tempahan membuat tshirt bagi mengumpul wang sampingan, sehinggalah saya membuka kedia pencetakkan dan kilang jahit sendiri secara kecil kecilan.

Zarif Azrie – Pengasas Mjestic Collection
GLAM Lelaki: Kongsikan idea di sebalik lahirnya jenama baju melayu anda ini? Kenapa baju melayu, idea siapa, kenapa memilih logo kucing, dan apa sahaja yang ingin pembaca tahu?
ZARIF AZRIE: 2017 adalah tahun kejatuhan saya. Bisnes tak menjadi, ditipu rakan kongsi dan masalah peribadi. Di rumah, saya cukup sunyi lalu memutuskan untuk membela dua ekor kucing, Uzi dan Tommy. Nak dibuatkan cerita, ada kawan saya yang hendak berkahwin dan ingin mencari baju melayu. Seperti orang lain, saya juga sering berhadapan dengan masalah seperti tidak menjumpai saiz yang ideal dan lain-lain. Alang-alang sudah ada pekerja yang pandai menjahit, tiba-tiba tercetusnya idea untuk membuat perniagaan sampin dan baju melayu. Kucing yang saya bela, bernama Oreo adalah sumber inspirasi saya. Kucing adalah haiwan yang ‘majestic’ apatah lagi kesayangan Nabi Muhammad SAW. Jadi, dari Majestic menjadi Mjestic (mmm-jestic). Maka, lahirlah jenama baju melayu kucing ini.
GLAM Lelaki: Inspirasi dan identiti koleksi ini di mata anda?
ZARIF AZRIE: Seperti seekor kucing, baju melayu Mjestic datang dengan mood yang tersendiri. Tidak terlalu serius, berani mencuba dan menawarkan kelainan dari segi personaliti. Ditambah dengan kelebihan ukuran badan yang lebih menumpukan kepada badan lelaki Malaysia yang kurus, kemas dan rapi. Ditambah pula dari segi persembahan yang lebih kepada ‘giving more values rather be just as it should be’ kepada pelanggan kami.

GLAM Lelaki: Keistimewaan koleksi baju melayu ini berbanding jenama-jenama lain di luar sana?
ZARIF AZRIE: Aura dan ‘soul’ adalah keistimewaan baju melayu kami. Kami percaya pemakai akan lebih berkeyakinan apabila memakai baju melayu yang kemas dengan potongan yang ideal. Selain itu, kucing adalah penarik seperti magnet. Dengan adanya aksesori pada baju melayu kami seperti Rose Golden Chain di poket, lebih ramai orang di sekeliling akan tertarik kepada si pemakai.


GLAM Lelaki: Harapan anda pada koleksi ini?
ZARIF AZRIE: Harapan saya agar Mjestic dapat membantu lebih ramai lagi golongan lelaki di Malaysia yang berbadan kurus dan sedang sedang apabila berhadapan dengan masalah ketika membeli baju melayu. Kami ada penyelesaiannya. Saya juga berharap Mjestic dapat diterima oleh lebih ramai lagi orang di Malaysia. Boleh ikuti kami di Instagram @mjesticofficial bagi mendapatkan koleksi baju melayu kami.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
KLFW 2026 RECAP HARI KEDUA: UGLY PRETTY MENCORAK PENTAS RUNWAY
Ugly Pretty mencuri perhatian dengan koleksi It's Colourfully Bad, dipenuhi dengan keajaiban di atas runway pada hari kedua KLFW 2026.
KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI
Antara sorotan utama pada hari pertama KLFW 2026 ialah kehadiran ALPHA dalam dua pertunjukkan fesyen dalam hari yang sama.
ADAKAH SAMBUTAN KLFW DI KLCC PARK SUATU STRATEGI BIJAK?
Mengimbangkan kesesakan, kos, dan cuaca yang tidak menentu, adakah sambutan KLFW di KLCC Park suatu strategi bijak?
DUA HARUMAN BAHARU YSL BEAUTY, MYSLF EAU DE TOILETTE INTENSE & LE VESTIAIRE DES PARFUMS COEUR
Dua wangian baharu dari YSL Beauty, Myslf Eau De Toilette Intense & Le Vestiaire Des Parfums Coeur diperkenalkan buat lelaki di luar sana.
ZEVE LANCAR KOLEKSI MEN OF MEASURE, DEFINISI BAHARU GAYA LELAKI MODEN
Zeve hadir dengan koleksi terbaharu mereka, khas buat lelaki moden yang ingin tampil bergaya dan kemas, koleksi Men Of Measure.











