BEG SILANG UNTUK AKHIR TAHUN INI?
Jika dibawa masa lampau waktu masih belajar di universiti, beg silang menjadi item wajib buat semua. Ia memberi kebebasan pada pelajar untuk lebih bergerak bebas. Boleh bayangkan semua pelajar lelaki akan punyai satu beg ini. Dipakainya daripada mula masuk hingga sampai ke semester terakhir. Ia adalah satu item yang mewujudkan kembali memori silam. Kini, selepas bertahun berlalu, beg ini bertambah elok rekaannya. Sesuai untuk lelaki alfa yang mahukan penegasan gaya yang klasik tapi tidak kompromi tentang fesyen. Ini adalah lima beg silang yang hot dari lima rumah fesyen obsesi lelaki alfa.

Beg Soft Saddle Dior Men
Dior Men menyajikan beg Saddle dengan motif Dior Oblique dengan membangkitkan rasa vintaj. Beg mengekalkan resmi ikonik Saddle pada potongan hadapan flap beg ini uang membentuk seperti pelana.

Beg Outdoor Louis Vuitton
Koleksi Taigarama ini cukup menarik dengan gabungan Taiga bersama material kanvas Monogram Eclipse. Lawan rona beg Outdoor oleh Louis Vuitton ini dengan esen hardware perak memberikan rasa kontemporari.

Beg Messenger Bottega Veneta
Bottega Veneta menaruhkan beg Messenger bersama gaya Intrecciato Paper dalam material kulit anak lembu. Seni tenunan orthogonal memberikan gaya lebih maskulin.

Beg XS Military
Beg Loewe ini cukup menggamit memori ketika masih menuntut di universiti dengan tekstil vintaj ditambah juga material kulit untuk tambah mewah. Beg XS Military ditambah dengan lapisan dalam material Herringbone.

Beg Fendi Pack
Seperti beg shopping, Fendi berikan keunikan pada beg Pack yang diperbuat daripada material kulit nappa. Lapisan dalamnya pula menggunakan fabrik Alcantra. Logo Fendi Roma taruhan koleksi akhir tahun Fendi.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023
Louis Vuitton hadirkan koleksi baharu Taigarama. Kali ini membawa nafas olahraga yang kencang serta dituangkan ke dalam koleksi musim panas.
PHARRELL WILLIAMS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH KREATIF LELAKI LOUIS VUITTON
Rumah fesyen ikonik, Louis Vuitton telah melantik Pharrell Williams bagi menggantikan Virgil Abloh sebagai Pengarah Kreatif Menswear terbaharu jenama itu.
IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE
What to buy this month? Semak beg Bunny LOEWE yang cukup istimewa, langsung menyuntik semangat tahun baru yang optimis dalam penampilan.
#GLFIRSTFESYEN PERTUNJUKAN DIOR MEN WINTER 2023 – LIVESTREAMING
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan koleksi Dior Men Winter 2023 secara langsung pada 20 Januari 2023 terus dari kota Paris.
YUSSEF DAYES BAKAL BERAKSI BUAT JULUNG KALI DI MALAYSIA
Pemain dram dan pemuzik jazz terkemuka, Yussef Dayes bakal beraksi buat pertama kali di Malaysia pada 25 November ini.
LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN
Louis Vuitton hadirkan koleksi Aerogram yang distingtif pada tiap rekaan nyatanya terkandung inspirasi penuh makna dan sarat kegunaan.