Skip to content

Louis Vuitton 1 (RED), TANDA SOKONGAN HARI AIDS SEDUNIA

Kongsikan artikel ini

FESYEN ADALAH SALAH SATU CABANG TERBAIK DALAM MENYEBARKAN KESEDARAN. SEMPENA SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA, LOUIS VUITTON BERGANDING BAHU BERSAMA (RED) MENYATUKAN ILHAM MELALUI REKAAN LV X (RED) TRAINERS. IA MERUPAKAN USAHA MURNI LOUIS VUITTON DALAM MEMERANGI AIDS.

Louis Vuitton membuktikan bahawa fesyen merupakan salah satu cabang terbaik untuk menyebarkan kesedaran dan kepositifan. Meskipun, kita bakal memasuki tahun baharu yakni 2021, namun masih ada di kalangan kita yang tidak peduli akan kepentingan Hari AIDS sedunia. Yang disambut setiap 1 Disember 2020.

Sempena itu, Louis Vuitton meneruskan kerjasama bersama organisasi (RED) dengan memunculkan kasut trainers Louis Vuitton 1 (RED). (RED) adalah satu organisasi yang diasaskan oleh Bono dan Bobby Shriver sejak 2006 dengan harapan untuk memerangi AIDS. Di samling itu, menyebarkan kesedaran kapada orang ramai mangerai AIDS dan HIV.

Louis Vuitton dengan bangganya menyokong usaha murni (RED). Setiap pasang kasut yang terjual, 200 dolar darinya akan didermakan kepada Global Fund untuk memerangi AIDS. Rekaan ini dipentaskan buat pertama kali sewaktu anjuran fesyen Louis Vuitton musim bunga/panas 2019. Sejak daripada itu, LV trainer menjadi kemestian dalam setiap koleksi Louis Vuitton yang dipersembahkan.

Menggarap reka bentuk sniker bola keranjang, Louis Vuitton 1 (RED) menampilkan motif Monogram pada permukaan kulit warna putih. Dan diserlahkan dengan butiran warna merah terang-menyimbolkan identiti (RED). Monogram berbunga pula dipahatkan pada seluruh permukaan low-top sneaker. Rekaan ini dibuat di Itali, menghasilkan sniker yang berinovasi, kecirian serva kecitraan gaya Louis Vuitton menerusi gubahan pola, potongan dan penambahan tekstur berlandaskan signatur gaya (RED). Secara tak lansung, menyelitkan mesej yang kuat.

Louis Vuitton 1 (RED) terjual di seleksi butik Louis Vuitton Bermuda 1 Disember 2020.

Louis Vuitton RED hari aids sedunia

Louis Vuitton red hari aids sedunia

Artikel berkaitan: Taiga V Taruhan Louis Vuitton

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN

GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN

Bacaan Lanjut