Skip to content

LOEWE DI PAVILION KL KINI DIBUKA

Kongsikan artikel ini

LOEWE DI PAVILION KL BERUBAH LOKASI DENGAN KONSEP YANG LEBIH MEWAH DAN CUSTOMER FRIENDLY. MEMBIDIK IDEA KREATIF DARI TIGA ARTIS TERHEBAT, TIAP SUDUT DAN RUANG PUNYA INSPIRASI TERSENDIRI DEMI MENAWARKAN PENGALAMAN BELI-BELAH YANG MENAKJUBKAN. 

Label mewah LOEWE membuka butik baru di Pavilion KL setelah berubah di lokasi baru. Tersedia buat kunjungan peminat-peminat fesyen bermula 2 Mac 2020. Konsep yang lebih segar dan mewah diperkenalkan.

Kali ini, butik tersebut diperluaskan sebanyak 285 meter persegi dan terbahagi kepada beberapa bahagian, langsung menjanjikan kepuasan sewaktu membeli-belah.

Istimewa untuk butik ini, prinsip CASA LOEWE menjadi taruhan dan idea di sebalik mengkarya detailing yang memaut pada segenap ruang butik. Membentuk landasan dalam menjelmakan konsep butik yang bukan sekadar butik, malah ibarat menyelusuri galeri seni.

Di beberapa bahagian butik terlihat gantungan karya-karya seni yang cukup unik pembuatannya, dijadikan halwa mata, sambil itu ‘menghidupkan’ lagi aura yang terdapat pada butik.

Wajah baru butik tersebut, direalisasikan oleh tiga artis seni yang berbakat besar dalam kemahiran masing-masing. Mereka yang terlibat ialah Hylton Nel (Afrika Selatan), Shihoko Fukumoto (Jepun) dan Solange Pessoa (Brazil). Idea-idea kreatif mereka dicurahkan pada reka bentuk butik, pemilihan warna dan bahan-bahan yang mengukuhkan seni bina butik. Setiap satu daripadanya memiliki cerita tertentu, yang juga menyimbolkan esen jenama Loewe tersendiri.

Seleksi koleksi Ready to Wear lelaki dan wanita termasuklah aksesori-aksesori masa kini boleh didapati di butik LOEWE, Pavilion KL.

By JOHAN KASSIM
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

meerqeen glam lelaki

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN

Bacaan Lanjut

AKMAL HIZZAT, KETAHUI STAIL PILIHAN & IMPIAN ‘CONTENT CREATOR’ INI

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD

Bacaan Lanjut

8 JENAMA FESYEN MANFAAT TEKNOLOGI AI

Bacaan Lanjut

HAKIM MAZLAN, “TO BE HONEST, I’M NOT THAT UPDATED ON FASHION.”

Bacaan Lanjut

DOMINASI MUSE LELAKI,KENALI FASHION’S IT-BOYS 2025

Bacaan Lanjut