Skip to content

SWAROVSKI BUAT YANG TERCINTA

Kongsikan artikel ini

Apakah yang menyemarakkan bibit-bibit cinta? Swarovki percaya segalanya bermula dari satu percikan energi antara dua insan. Bermula dari rasa terpukau kala pandangan pertama, bak percikan bara asmara yang semakin kuat menyala dengan setiap detik waktu yang dikongsikan bersama dalam satu kisah cinta yang tidak mungkin berakhir. Infinite.

Percikan energi suatu cinta yang berpanjangan itu menjadi inspirasi di sebalik koleksi dan kempen baru Swarovski menjelang Hari Kekasih tahun ini. Mesej #InfiniteSpark itu diraikan dalam hadiah-hadiah penuh makna dalam siluet dan varian warna yang baru. Swarovski memetik simbol-simbol tradisi yang romantis, lalu diterjemahkan dalam rekaan-rekaan cukup moden, selari dengan selera fesyen semasa.

Bagi si jejaka yang mahu meraikan wanita istimewa di hatinya, baik kekasih, rakan akrab mahupun bonda tersayang, koleksi Valentine’s Day dari Swarovski tahun ini adalah satu pemberian amat ideal, yang mampu menambahkan sinar dan seri pada gaya peribadi dia yang tercinta.

“Cinta itu energi kehidupan,” kongsi Nathalie Colin, Pengarah Kreatif Swarovski. “Menjelang hari paling romantik tahun ini, kami mahu serlahkan betapa cerahnya energi ini. Bagaimana ia boleh mebuat anda rasa lebih agung, bersinar dan dicintai. Maka kami ubahkan simbol-simbol ikonik menjadi item-item stylish yang direka untuk menangkap hati pencinta seluruh dunia.”

Swarovski Infinity Heart Necklace, RM599

Beberapa himpunan utama membarisi koleksi Swarovki tahun ini. Koleksi Swarovski Infinity berjiwakan simbol infiniti yang mewakili cinta yang kembali mekar dengan setiap aliran masa. Untuk si dia yang mahu menampilkan bold statement dengan Infinity Cuff dalam dwi-rona emas dan logam digilap misalnya, atau anting-anting Infinity Hoop yang amat menyerlah.

Swarovski Infinity Hoop Pierced Earrings, RM899

Koleksi Lifelong Heart mengetengahkan rekaan bentuk hati yang tersimpul rapi, bak simbol ekspresi cinta yang utuh dan jujur. Dengan seleksi cincin atau gelang double-band, dan ajnas rantai, loket dan anting-anting yang turut dihadirkan dalam pilihan dwi-rona, dan siluet asimetri untuk mereka yang mahu tampil lebih unik dan unexpected.

Swarovski Lifelong Heart Ring, RM599

Himpunan Attract Soul pula tampil dengan barisan aksesori yang mempertemukan dua batu kristal berkerdipan dalam satu rekaan. Bak pertemuan dua insan dalam satu epik cinta. Elegan dan sempurna, dalam ekspresi cincin, gelang tangan, dan rantai yang meraikan keutuhan cinta.

Swarovski Attract Soul Bracelet, RM549

Kemudian, koleksi Bella Earrings membiaskan trend warna terkini dalam sentuhan kristal sutera dan kristal jelas pada anting-anting berbentuk hati.  Tak ketinggalan, koleksi Swarovski Sparkling Dance yang playful dan penuh makna. Dengan rangkaian rantai, gelang dan anting-anting dalam rekaan baru termasuk rekaan kristal pave berbentuk pelangi, ladybird dalam posisi terbang dan juga seekor kucing comel.

Swarovski Heart Earrings, RM349

 

Kunjungi butik Swarovski berdekatan dan raikan wanita yang dekat di hati anda menjelang Hari Kekasih ini dengan koleksi terbaru daripada Swarovski!

Tawaran istimewa: Sepasang anting-anting eksklusif akan dihadiahkan percuma* bagi pembelian item-item harga biasa berjumlah RM888. Tempoh promosi 4 hingga 17 Februari 2020.

Anting-anting Ginger

*Mengikut terma & syarat.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut

ABADIKAN SAAT MANIS DENGAN 5 HADIAH ISTIMEWA UNTUK SI DIA

Bacaan Lanjut

INI SEBAB-SEBAB UTAMA LELAKI ‘SAY NO’ KEPADA SEKS

Bacaan Lanjut
glam lelaki Sean lee

“EXPECT SOME MUSIC FROM ME THIS YEAR!” – SEAN LEE, GLAM LELAKI JULAI/OGOS 2023

Bacaan Lanjut

5 CARA TERBAIK UNTUK ATASI KRISIS DALAM HUBUNGAN

Bacaan Lanjut
SHAWN MENDES DAN CAMILA CABELLO KEMBALI DIULIT CINTA?

SHAWN MENDES DAN CAMILA CABELLO KEMBALI DIULIT CINTA?

Bacaan Lanjut