INTEGRASI FESYEN DAN SUKAN ONITSUKA TIGER
ONITSUKA TIGER BEREVOLUSI. SEMAKIN LIGAT MENERAPKAN ASPEK FESYEN PADA REKAAN YANG BERNADA SUKAN. DUA ELEMEN PENTING, FESYEN DAN SUKAN SALING BERINTERAKSI DALAM KOLEKSI ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH/DINGIN 2021.
Onitsuka Tiger menginovasikan identiti sukan dengan mempersembahkan koleksi bernada kontemporari, menggabungkan aspek fesyen dan kesukanan. Diperkasakan lagi dengan warisan jenama Onitsuka Tiger bersama daya inovasi yang kreatif.
Menghadirkan koleksi musim luruh/dingin 2021, mencetus inspirasi gaya pendaki dan peneroka alam kala musim dingin, di samping mengimbau momen-momen fesyen yang popular pada sekitar era ‘70-an. Ledakan aktiviti pendakian dan eksplorasi alam semula jadi di banjaran-banjaran nyata menjadi sebahagian daripada aktiviti popular terutamanya rakyat Amerika pada ketika itu.

Khusus buat musim ini, Andrea Pompilio merangkap Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, berkolaborasi dengan Toyoki Adachi, pereka dan pengarah artistik jenama grafik tekstil “Nowartt”, menampilkan seni grafik mereka pada setiap helaian yang ditawarkan dalam koleksi ini. Grafik pada rekaan dihasilkan menerusi kombinasi dua konsep yang saling bercanggah, “vintaj x seni” dan “analog (lukisan tangan) x digital”- terlihat pada helaian seluar trek klasik, jaket tebal serta bag galas.
Koleksi ini turut mencerminkan gaya hidup yang mengkhususkan kepada kefungsian, yang merefleksikan identiti asal Onitsuka Tiger. Perincian seperti reka bentuk rekaan yang berestetik jenama yang mengutamakan hasil mutu ketukangan dan ketelitian.
Helaian utama dalam koleksi ini adalah material fleece atau bulu bebiri, yang sempurna untuk mengekalkan rasa hangat serta melindungi suhu badan, terutamanya sewaktu mengadakan aktiviti pada musim sejuk. Manakala siri nilon pula menawarkan gabungan warna neon yang memikat bersama jahitan sulaman yang halus dan unik.
Koleksi ini mencadangkan penggayaan kreatif yang mengguna pakai helaian bernada minimal bersama aksesori-aksesori beragam. Kot tebal atau puffer serta jaket berjalur, menggarap inspirasi gaya mod dari era ‘60-an yang cukup berpengaruh dalam dunia fesyen sehingga sekarang.
Rangkaian aksesori, misalnya sniker dan sandal, ditampilkan dengan menggabungkan reka bentuk dari gerobok arkib Onitsuka Tiger bersama nada kontemporari. Turut memenuhi kehendak pasaran semasa, Onitsuka Tiger melancarkan pelbagai reka bentuk unik dedikasi musim ini, termasuk kasut but yang praktikal dengan cengkaman kuat yang berupaya dipakai sepanjang berada di lokasi-lokasi musim sejuk khasnya. Ternyata, aspek kefungsian diteliti sebaiknya.
Koleksi Onitsuka Tiger musim luruh/dingin 2021 akan berada di pasaran bermula Julai ini.
#OnitsukaTiger
Artikel berkaitan: DIOR DAN SACAI, GABUNGAN DUA LEGASI BERSAMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
WANGIAN PERTAMA DARI ONITSUKA TIGER: WEARING QUIET RADIANCE
Onitsuka Tiger telah mempersembahkan wangian pertama mereka, menampilkan empat wangi yang unik dan istimewa buat penggemar wangian.
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.















