INTEGRASI FESYEN DAN SUKAN ONITSUKA TIGER
ONITSUKA TIGER BEREVOLUSI. SEMAKIN LIGAT MENERAPKAN ASPEK FESYEN PADA REKAAN YANG BERNADA SUKAN. DUA ELEMEN PENTING, FESYEN DAN SUKAN SALING BERINTERAKSI DALAM KOLEKSI ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH/DINGIN 2021.
Onitsuka Tiger menginovasikan identiti sukan dengan mempersembahkan koleksi bernada kontemporari, menggabungkan aspek fesyen dan kesukanan. Diperkasakan lagi dengan warisan jenama Onitsuka Tiger bersama daya inovasi yang kreatif.
Menghadirkan koleksi musim luruh/dingin 2021, mencetus inspirasi gaya pendaki dan peneroka alam kala musim dingin, di samping mengimbau momen-momen fesyen yang popular pada sekitar era ‘70-an. Ledakan aktiviti pendakian dan eksplorasi alam semula jadi di banjaran-banjaran nyata menjadi sebahagian daripada aktiviti popular terutamanya rakyat Amerika pada ketika itu.
Khusus buat musim ini, Andrea Pompilio merangkap Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, berkolaborasi dengan Toyoki Adachi, pereka dan pengarah artistik jenama grafik tekstil “Nowartt”, menampilkan seni grafik mereka pada setiap helaian yang ditawarkan dalam koleksi ini. Grafik pada rekaan dihasilkan menerusi kombinasi dua konsep yang saling bercanggah, “vintaj x seni” dan “analog (lukisan tangan) x digital”- terlihat pada helaian seluar trek klasik, jaket tebal serta bag galas.
Koleksi ini turut mencerminkan gaya hidup yang mengkhususkan kepada kefungsian, yang merefleksikan identiti asal Onitsuka Tiger. Perincian seperti reka bentuk rekaan yang berestetik jenama yang mengutamakan hasil mutu ketukangan dan ketelitian.
Helaian utama dalam koleksi ini adalah material fleece atau bulu bebiri, yang sempurna untuk mengekalkan rasa hangat serta melindungi suhu badan, terutamanya sewaktu mengadakan aktiviti pada musim sejuk. Manakala siri nilon pula menawarkan gabungan warna neon yang memikat bersama jahitan sulaman yang halus dan unik.
Koleksi ini mencadangkan penggayaan kreatif yang mengguna pakai helaian bernada minimal bersama aksesori-aksesori beragam. Kot tebal atau puffer serta jaket berjalur, menggarap inspirasi gaya mod dari era ‘60-an yang cukup berpengaruh dalam dunia fesyen sehingga sekarang.
Rangkaian aksesori, misalnya sniker dan sandal, ditampilkan dengan menggabungkan reka bentuk dari gerobok arkib Onitsuka Tiger bersama nada kontemporari. Turut memenuhi kehendak pasaran semasa, Onitsuka Tiger melancarkan pelbagai reka bentuk unik dedikasi musim ini, termasuk kasut but yang praktikal dengan cengkaman kuat yang berupaya dipakai sepanjang berada di lokasi-lokasi musim sejuk khasnya. Ternyata, aspek kefungsian diteliti sebaiknya.
Koleksi Onitsuka Tiger musim luruh/dingin 2021 akan berada di pasaran bermula Julai ini.
#OnitsukaTiger
Artikel berkaitan: DIOR DAN SACAI, GABUNGAN DUA LEGASI BERSAMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FATTAH AMIN, “TAHUN INI SAYA INGIN MEMBERI FOKUS YANG LEBIH KEPADA KERJAYA SAYA.”
Buat kali keempat, GLAM Lelaki sekali lagi menampilkan aktor popular Fattah Amin selaku cover untuk edisi pembuka tirai 2025. Semestinya menjadi tumpuan ramai tahun lalu. Apa yang jelas kelihatan, beliau sentiasa konsisten mencurahkan usaha dalam kerjaya.
ZACHARY PUUNG, “I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT.”
Zachary Puung, seorang model sepenuh masa mencipta nama dalam industri. Kenali Zachary Puung dengan lebih dekat melalui temu bual bersama GLAM Lelaki.
CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024
Lembaran fesyen terakhir 2024, menampilkan ceraian-ceraian hangat koleksi Cruise 2024. Dari Louis Vuitton, Prada ke Celine.
FAHD DHAF, “MATLAMAT UTAMA SAYA ADALAH UNTUK DAPAT BERJALAN UNTUK PEREKA DI PARIS ATAU MILAN FASHION WEEK.”
GLAM Lelaki menemu bual model Fahd Dhaf mengenai cita-cita dan impiannya sebagai model di Malaysia. Ternyata, Fahd makin bersungguh.
10 MODEL LOKAL LELAKI MESTI TAHU
Kehadiran model baharu dan yang sedia ada nyata memperkukuhkan lagi industri modelling Malaysia. Ketahui 10 model lokal lelaki masa kini.
MUQH MAZELAN, “MODELLING BUKAN SAHAJA TENTANG RUPA. IT’S ABOUT YOUR STYLE, YOUR CHARACTER AND YOUR PERSONALITY.”
GLAM Lelaki mengajak model baharu, Muqh Mazelan bersembang seperkara dua tentangnya dan harapannya pada masa akan datang.