ISMAIL IZZANI & MAYA WAJAH EKSKLUSIF PUMA FUTURE RIDER
Populariti penyanyi dan personaliti muda menjadi taruhan untuk PUMA dalam kempen terbaru mereka, di mana penyanyi remaja berbakat besar, Ismail Izzani serta virtual influencer, Maya menjadi wajah eksklusif untuk seleksi kasut terbaru jenama ini. Kasut lari ikonik 80-an, FAST RIDER yang disuntik gaya baharu untuk tahun 2020 menggabungkan rekaan futuristik dan retro dengan kombinasi warna yang terang dan menyerlah untuk gaya jalanan yang kasual, cool dan nostalgia.

Ismail Izzani

Maya
Untuk FUTURE RIDER, kasut ini memaparkan missole putih yang ramping dengan formstrip serta lapisan suede hitam, digabung dengan warna-warna berani 80-an seperti neon hijau, merah jambu, oren dan ungu. Kasut ini juga merujuk kepada masa lalu dengan outsole beralum yang diilhamkan daripada kancing Federbein, untuk penstabilan tumit TPU untuk keseimbangan postur sang pemakai.

STYLE RIDER sedikit berkilat, memaparkan lapisan nilon atas suede terang dan hitam. Kasut ini menawarkan lengan midsole yang menarik dengan kombinasi warna merah dan putih yang bertenaga, serta Riderfoam yang menyerap sebarang geseran kala bergerak. Ia dihiasi outsole retro beralun dengan formstrip putih.
FUTURE RIDER dan STYLE RIDER kini sudah berada di pasaran dan boleh dimiliki dengan harga RM429.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.











