JEREMY SCOTT UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA MOSCHINO
Siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Moschino memuji pereka tersohor itu dengan berkata, “Jeremy Scott telah mencorak bab asas dalam legasi jenama ini menerusi gaya pop-camp yang mencuri perhatian dan jenaka tidak berlapik yang berani.”
Pereka berusia 48 tahun itu turut berkongsi pengalamannya bekerja bersama Moschino. “Perjalanan 10 tahun di Moschino telah menjadi keraian kreativiti dan imaginasi yang cukup indah. Saya amat berbangga dengan legasi yang saya tinggalkan.”
Antara rekaan eksentrik dan luar biasanya selama bertahun-tahun termasuk persalinan candelier Katy Perry di Met Gala 2019 diikuti transformasinya sebagai burger glamor pada malam yang sama.
Dia turut menghasilkan rekaan kot trench duit Kim Kardashian, gaun inspirasi Jessica Rabbit yang digayakan Lizzo ke VMA 2019, dan memberi wajah baru kepada trofi Moon Person VMA pada 2014.

Foto: Fox News

Foto: Getty Images

Foto: Getty Images
Foto: Page Six
Pautan berkaitan: ‘LOUIS VUITTON: VIRGIL ABLOH’ KHAS BUAT PEREKA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari backstage hingga ke barisan hadapan, ini lapan sorotan pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.











