Skip to content

JUNG KOOK UNTUK CALVIN KLEIN

JUNG KOOK HANGATKAN KEMPEN CALVIN KLEIN

Kongsikan artikel ini
1 of 3

DOMINASI K-POP BERTERUSAN DENGAN PELANTIKAN JUNG KOOK DARI BTS SEBAGAI WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN. LIHAT SEMUA PENAMPILAN HANGAT JUNG KOOK DALAM KOLEKSI MUSIM BARU CALVIN KLEIN. 

 

Duta global untuk Calvin Klein Jeans dan seluar dalam Calvin Klein, Jung Kook (salah satu individu paling berpengaruh zaman ini), kelihatan stylish lagi hangat dalam kempen baharu. Memfokuskan kepada kemeja T Calvin Klein dan denim Calvin Klein. 

Rekaan ringkas yang menampilkan logo standard atau monogram tersendiri Calvin Klein sendiri, gaya kemeja T tersebut diolah semula sebagai penggayaan asas yang dinamik dengan siluet baharu lebih santai namun bersifat klasik dan selesa. 

Untuk sentuhan yang lebih klasik pada rangkaian denim, siluet inspirasi ‘90-an yang segar juga praktikal tersedia dalam fit yang disesuaikan dengan semua bentuk badan. Lebar, slim, longgar atau bersaiz besar. Seluar denim potongan lurus Authentic mencerminkan siluet seluar jeans klasik, sokongan padu pada bahagian pinggul dengan potongan kaki lurus. Manakala untuk opsyen lain, seluar jeans longgar inspirasi ‘90a-n turut ditawarkan dengan bahagian atas yang lebih rendah dan lebar, potongan lurus yang sangat santai. Sesuai untuk dipakai setiap hari dan ringkas dengan sekadar memakai T-shirt kosong. 

Bertepatan dengan musim panas yang bakal tiba, sangatlah sesuai dan wajar untuk menyarung seluar jeans atau kemeja T yang ‘basic’, seperti warna hitam atau putih. Semak katalog lookbook Calvin Klein untuk mengetahui opsyen gaya lain yang dapat menghangatkan penampilan musim panas nanti.

RUJUK STAIL JUNG KOOK UNTUK INSPIRASI GAYA…

1 of 3

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ikmal amry

PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL

Bacaan Lanjut

THE DRAMA KING: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut
danial haziq content creator

DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR

Bacaan Lanjut

DOMINASI GLOBAL: RIDZMAN ZIDANE & SUGANYA. DUA TOP MODELS MENGHIASI COVER GLAM LELAKI MAC 2026

Bacaan Lanjut
KEMPEN MUSIM BUNGA CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK

KEMPEN DENIM MUSIM BUNGA 2026 CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
zarif ghazzi khunsa

GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU ZARIF GHAZZI

Bacaan Lanjut