Skip to content

KANYE WEST X ADIDAS YEEZY BOOST 350 V2

Kongsikan artikel ini

Penyanyi rap terkenal, Kanye West baru-baru ini mengumumkan kolabrasi beliau bersama jenama pakaian sukan terkenal Adidas, melancarkan kasut khas yang diberi nama YEEZY BOOST 350 V2 yang bakal dijual secara rasmi mulai 29 April ini di seluruh dunia. Memperkenalkan ciri material kait eksklusif Primeknit berwarna krim putih, ia dicipta khas menggunakan teknologi kejuruteraan Adidas terkini yang mampu memeluk struktur kaki seperti kulit kedua kepada kaki pemakai.

Tapak kasutnya pula direka dan dilengkapi dengan teknologi BOOST™ oleh Adidas berfungsi membekalkan keselesaaan kepada individu, malah meningkatkan prestasi serta kelihatan lebih bergaya. Yang menariknya, ia menggabungkan teknologi maju janaan Adidas sendiri dengan karakter estetika klasik.

Pada tahun lepas, kerjasama Adidas dan Kanye West telah melahirkan versi hitam untuk kasut ini. Dan pada tahun ia, fungsi dan cirinya diperbaharui dan didatangkan dengan warna krim putih yang menyerlahkan penampilan si pemakai. YEEZY BOOST 350 V2 bakal dijual dengan harga RM990, dan pembeli yang berminat boleh mendapatkannya dengan menekan link ini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 April 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Adidas Malaysia

ADIDAS MALAYSIA MENGUASAKAN KOMUNITI KREATIF LOKAL DENGAN ‘HOME OF CLASSICS’

Bacaan Lanjut
Adidas Malaysia

APAKAH KELEBIHAN ADICLUB BUAT PEMINAT ADIDAS DI MALAYSIA?

Bacaan Lanjut
10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023

10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut
SENARAI BILIONAIR FORBES 2023: KANYE WEST TERCICIR, RIHANNA TERGELINCIR

SENARAI BILIONAIR FORBES 2023: KANYE WEST TERCICIR, RIHANNA TERGELINCIR

Bacaan Lanjut
KANYE WEST AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN PEREKA YEEZY

KANYE WEST AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN PEREKA YEEZY

Bacaan Lanjut
KANYE WEST KECAM SELEBRITI BERHUBUNG KEMPEN KONTROVERSI BALENCIAGA

KANYE WEST KECAM SELEBRITI BERHUBUNG KEMPEN KONTROVERSI BALENCIAGA

Bacaan Lanjut