KASUT SNIKER PILIHAN KUMPULAN K-POP, NCT 127
Kumpulan K-Pop popular, NCT 127 dilantik sebagai duta Puma untuk rantau Asia Pasifik dengan pelancaran kasut sniker terbaharu.
Berita baik buat peminat K-Pop dan juga kasut sniker! Puma selaku jenama gaya hidup dan sukan terpantas di dunia melancarkan koleksi Slipstream terbaharu. Pelancaran ini juga menyaksikan kumpulan K-Pop popular, NCT 127 dilantik sebagai duta terbaharu untuk rantu Asia Pasifik.
![]()
NCT 127 merupakan kumpulan K-Pop terkenal di bawah SM Entertainment. Mereka telah dilantik sebagi duta Puma untuk rantau Asia Pasifik yang merangkumi 15 buah negara bermula tahun lalu. Kempen Slipstream ini adalah kempen pertama bersama Puma.
Slipstream merupakan generasi kasut sniker Puma yang membawakan inspirasi bola keranjang 80-an ke era moden hari ini. Koleksi kali ini memberikan nafas baharu kepada desain klasik tanpa menggadaikan asas rekaan dan kualiti pada kasut sniker yang sebenar.
![]()
35 tahun selepas pertama dilancarkan, Puma meneruskan legasi kasut sniker ikonik ini dengan memberikan sentuhan warna dan desain yang lebih up-to-date. Koleksi Slipstream ini menampilkan rupa yang lebih mudah dan moden bersama siluet dan desain midsole yang terkini.
Untuk kempen kali ini, Puma mempersembahkan kumpulan NCT 127 dalam tema 80-an kala Slipstream mula-mula dilancarkan. Ia menggabungkan konsep jalanan vintaj, dinding bergrafiti, kereta lama dan kedai yang membiaskan semangat pada waktu tersebut. Kesemua ahli bintang NCT 127 menyertai kempen tersebut, kecuali Yuta yang positif Covid-19 pada penggambaran itu.
![]()
Koleksi Slipstream terbaharu ini boleh didapati melalui PUMA.com, serta kesemua stor fizikal Puma dan kedai kasut utrama seperti JD Sports, Foot Locker Malaysia, USC Fashion, Royal Sporting House and Sole What.
Foto: Puma Malaysia
Baca lebih lanjut: 10 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERGELAR PEMINAT TEGAR BTS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ONITSUKA TIGER TAI-CHI OG KEMBALI DENGAN SILUET IKONIK AWAL 2000-AN
Onitsuka Tiger menggabungkan warisan, minimalisme dan fungsi dalam rekaan TAI-CHI OG yang relevan untuk gaya masa kini.
COMEBACK K-POP SEPANJANG SEPTEMBER 2026 ANDA PATUT NANTIKAN!
Bulan September 2026 dipenuhi dengan comeback yang bakal menggegarkan duni peminat K-Pop seluruh dunia dari pelbagai genre.
BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, ‘BIIIG’ SEMPENA ULANG TAHUN KE-20
Penantian akhirnya berakhir! BIGBANG kembali semula dengan single baharu berjudul "BiiiG" sebagai hadiah ulang tahun ke-20 mereka.
KEMUNCULAN SEMULA HENLEY SHIRT DALAM TREND GAYA LELAKI TERKINI
Henley shirt kembali dalam dunia fesyen sebagai salah satu trend terkini dalam kalangan lelaki muda yang inginkan gaya lebih kasual.
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA
Selain daripada sekadar bernyanyi dan menari, 8 kumpulan K-Pop ini membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan self-produced.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.











