Skip to content

KEMBARA PLAYFUL SUMMER BERSAMA GUESS KIDS

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Comel dan bergaya, GUESS Kids mempersembahkan koleksi pakaian dan aksesori buat kanak-kanak serta bayi untuk melengkapi pengembaraan fesyen si cilik yang menyeronokan.

Kembara musim panas kini sudah bermula. GUESS Kids tidak ketinggalan dengan mempersembahkan koleksi pakaian dan aksesori buat kanak-kanak untuk memulakan pengembaraan fesyen yang menyeronokan. Koleksi musim bunga/panas 2023 kali ini juga hadir buat bayi dalam melengkapkan gerobok fesyen si cilik.

guess kids

Dengan semangat playful musim ini, GUESS Kids menghadirkan seleksi lengkap buat kanak-kanak lelaki dan juga perempuan yang merangkumi gaun, kemeja, kemeja-t, kasut serta beg tangan. Tidak sempurna himpunan GUESS tanpa jaket dan seluar yang bermain dengan fabrikasi denim yang ikonik buat label ini. Pastinya, kembara fesyen kini lebih lengkap buat seisi keluarga.

guess baby

Buat the coolest kids in town, himpunan GUESS Kids sentiasa mengikut trend fesyen terkini. Dari rekaan baju hoodie, sweatpants, seluar pendek dan legging yang boleh digayakan ke taman permainan, kepada desain ikonik yang menampilkan desain moden seperti kemeja-t grafik, jaket denim dan seluar jogger. Bukan sahaja bergaya, ia turut memberikan seleksi yang berkualiti dan boleh dipakai untuk jangka masa yang lebih lama.

 

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

guess kids Malaysia

WEEKEND GETAWAY BERSAMA ANZALNA NASIR, BELLA ASTILLAH DAN GUESS KIDS

Bacaan Lanjut

GUESS UOMO, WANGIAN BUAT LELAKI MASKULIN YANG KLASIK

Bacaan Lanjut