KITWOO: KOLEKSI PALING ‘REFINED’ SETAKAT INI.
Esplanade Park KLCC menjadi saksi semalam ketika KITWOO membuka tirai hari kedua KL Fashion Week 2025 dengan koleksi paling refined. Menampilkan evolusi labelnya dari eksperimental, kini ke era baru yang lebih kemas, matang dan mengekalkan teknikal jahitan pada koleksinya kali ini.
Menampilkan potongan bersih, teknik tailoring yang kemas, dan palet warna hitam yang yang merupakan signature KITWOO. Koleksi kali ini bagaikan satu reset untuk jenama ini. Tidak perlu terlalu kuat atau radikal, KITWOO membuktikan yang identiti fesyen juga boleh berkembang secara tenang dan organik tanpa kehilangan karakter asalnya.
Kekuatan Siluet & Keberanian Potongan
Oversized masih kekal sebagai DNA label ini, tetapi kali ini ia lebih terarah. Bahu dijatuhkan secara elegan, struktur jaket lebih halus, dan seluar berpotongan lurus menjadi asas utama gaya. Keterampilan tailoring KITWOO menjadi tumpuan; setiap helaian bagaikan diolah untuk membawa keseimbangan antara ‘functional dan deconstructional fashion sensibility.’
Palet Warna ‘HITAM’ sebagai signature KIT WOO
KITWOO masih mengekalkan palet warna hitam legam sebagai teras koleksi. Namun begitu koleksi kali ini bukan lah hanya soal warna, tetapi suasana. Ada elemen kontemplatif, seolah-olah setiap busana mempunyai cerita yang tersendiri.
Refleksi Designer Yang Makin Matang
Dikenali sebagai antara nama penting dalam dunia conceptual menswear Malaysia, Kit Woo menunjukkan sisi berbeza kali ini. Bukan hanya melalui pakaian, tetapi melalui suasana keseluruhan show yang lebih sunyi tetapi kuat dalam makna. Koleksi ini tidak bergantung kepada shock value; sebaliknya mempercayai bahasa reka bentuk yang tulen dan ‘refined’.
Tidak banyak pereka yang berani untuk slow down dalam era fesyen yang sering dikejar waktu dan trend. Tapi itulah yang dilakukan oleh KITWOO, dan ia menjadi satu kenyataan yang menyegarkan di pentas KLFW25. Koleksi ini bukan saja penanda kematangan jenama, tetapi juga satu peringatan: dalam dunia fesyen yang ‘fast-paced’, kadang-kadang diam itu lebih berkuasa.
Artikel Berkaitan: KLFW 2025 DIBUKA DENGAN PENUH GAYA: MALAM PEMBUKAAN PALING BERGEMA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA SELEBRITI DI KLFW 25: HIT OR MISS?
Lihat himpunan gaya selebriti di KLFW 2025 dari busana memukau hingga eksperimen fesyen berani. Hit atau miss? Kami ulas semuanya di sini.
PERAHU KERTAS: PELAYARAN EMOSI DALAM FESYEN ALAMI.
Perahu Kertas oleh Hatta Dolmat meraikan 10 tahun bersama KLFW & 20 tahun dalam fesyen, menampilkan koleksi penuh emosi dalam fesyen lestari.
FAIRUZ RAMDAN: JERSI BOLA KE IKON FESYEN DI KLFW 2025
Fairuz Ramdan kembali ke pentas KLFW 2025 bersama Umbro, pamerkan jersi bola sepak ke ikon fesyen moden Malaysia yang tampil segar dan berani.
MOODBOARD OGOS: GAYA, MUZIK & MOOD LELAKI MALAYSIA.
Moodboard Ogos Lelaki Malaysia: inspirasi gaya kontemporari, vibe muzik terkini, grooming ala KOL, dan sentuhan pop KLFW25.
“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS
Jenama gaya hidup berinspirasikan sukan FILA melancarkan Koleksi FILA x Smiley® yang riang dan ceria untuk dipadankan suasana cerah musim ini.
BIZ OF RE X PORTLUXE: BELI-BELAH AMAL UNTUK ANAK SENI
Biz of RE X Portluxe membawakan kepada anda pelbagai tas tangan dan aksesori berjenama, membantu mengumpul dana industri Seni dan Hiburan.