Skip to content

KOLEKSI BIRKENSTOCK 1774 SEMPENA TAHUN BARU

KOLEKSI BIRKENSTOCK 1774 SEMPENA TAHUN BARU

Kongsikan artikel ini

Sempena Tahun Baru Cina yang bertemakan ular pada 2025, BIRKENSTOCK 1774 kembali dengan koleksi terbaru dengan penuh ikonik. 

BIRKENSTOCK 1774 memperkenalkan koleksi baharu bagi menyambut kedatangan Tahun Ular sempena sambutan Tahun Baru Cina. Ular merupakan simbol berkuasa dalam budaya tradisional Cina, melambangkan kebijaksanaan, keanggunan, dan transformasi. Ini ialah nilai-nilai yang selari dengan etos reka bentuk 1774, yang bersatu untuk meraikan tahun baharu penuh kegembiraan dan kemakmuran.

BIRKENSTOCK 1774

Gambar Dari: BIRKENSTOCK

Koleksi BIRKENSTOCK 1774 kali ini menampilkan variasi baharu tiga reka bentuk klasik yang diolah semula untuk majlis ini. Antaranya ialah model Arizona dan Florida. Kedua ini direka dengan kulit Itali mewah bertekstur emboss python, manakala Tokio diberikan sentuhan gabungan kontras suede lembut dengan perincian kulit emboss python. Semuanya dilapisi kulit nappa lembut. Warna koleksi ini menonjolkan corak ular yang berani dalam tona beige dan merah, dengan tapak kaki berbentuk anatomi ikonik BIRKENSTOCK yang dilapisi kulit hitam. Setiap pasang dihiasi dengan gesper khas 1774 dalam kemasan emas atau perak.

BIRKENSTOCK 1774

Gambar Dari: BIRKENSTOCK

BIRKENSTOCK 1774

Gambar Dari: BIRKENSTOCK

BIRKENSTOCK

Gambar Dari: BIRKENSTOCK

Kapsul eksklusif ini memperkukuhkan reputasi BIRKENSTOCK 1774 dalam menghasilkan kualiti dan ketukangan terbaik. Ia memperbaharui gaya klasik BIRKENSTOCK sambil mengangkat warisan kreatif dan seni mereka. Dihasilkan di bengkel Jerman mereka, setiap bahan khas, kemasan, dan perincian diterapkan dengan teliti pada setiap reka bentuk untuk menghasilkan ikon baharu yang unik dan penting.

BIRKENSTOCK

Gambar Dari: BIRKENSTOCK

Pautan Berkaitan: NATIONAL GEOGRAPHIC APPAREL RAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA DI MALAYSIA