NATIONAL GEOGRAPHIC APPAREL RAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA DI MALAYSIA
Jenama fesyen dan gaya hidup National Geographic Apparel meynambut ulang tahun pertama dengan pembukaan kedai baharu.
National Geographic Apparel meraikan ulang tahun pertama mereka di Malaysia. Mereka melancarkan pakaian bergaya dan aksesori perjalanan untuk semua yang berjiwa pengembara di Malaysia. Berpandukan semangat jenama ini yang berteraskan pengembaraan, penerokaan, dan penemuan, pembeli boleh menikmati rangkaian pakaian pengembaraan yang diperhalusi serta produk gaya hidup yang sesuai dari jalanan hingga ke puncak.

Gambar Dari: National Geographic Apparel
Untuk memulakan sambutan ulang tahun ini, jenama ini telah mengadakan acara di butik mereka di Pavilion, Kuala Lumpur. Media dan tetamu yang hadir diperkenalkan kepada koleksi terbaru jenama ini menerusi sesi penggayaan istimewa.

Gambar Dari: National Geographic Apparel
Selepas pembukaan butik pertama di Asia Tenggara di Pavilion Kuala Lumpur pada tahun 2023, mereka telah memperluaskan kehadirannya di pasaran Malaysia. Ini dengan membuka butik kedua di Mid Valley Megamall. Ia terletak di tingkat bawah salah satu pusat membeli-belah paling sibuk di Kuala Lumpur. Butik baharu ini membawa jenama National Geographic lebih dekat kepada pelanggan di Malaysia melalui pakaian, aksesori, dan keperluan perjalanan yang sesuai untuk pengembaraan.
Terokai Siluet Diinspirasikan Oleh Alam Semula Jadi
Koleksi Fall/Winter 2024 mereka terkini, bertajuk “Into Nature”, diilhamkan oleh perjalanan melalui fjord yang menakjubkan. Selain itu, gunung-gunung indah, dan hutan panorama di kawasan Scandinavia. Warna seperti merah bata, jed muda, hijau asap, turquoise, dan biru navy menjadi tumpuan musim ini. Ia diaplikasikan pada pakaian lelaki, wanita, dan uniseks, serta aksesori seperti beg galas, beg silang, topi, dan cap.
Antara item menarik musim ini ialah Filmmaker Mountainous Quilted Shirket. Ia menggabungkan potongan baju berkolar dengan fungsi jaket berlapis untuk cuaca sejuk. Ia lengkap dengan sulaman motif landskap gunung. Sementara itu, rangkaian bagasi yang paling laris musim ini menampilkan saiz kabin dan saiz besar untuk daftar masuk, dengan tona metalik lembut dan warna bumi, dihiasi logo ikonik jenama ini.

Gambar Dari: National Geographic Apparel
Pautan Berkaitan: GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











