Koleksi camel active Musim Bunga/Panas 2016
May 31, 2016

Musim ini, jenama fesyen terkenal camel active membawakan koleksi Musim Bunga/Panas 2016 dengan tema cetak motif inspirasi alam. All-over print yang bertemakan cetak motif flora dan fauna tropikal dipaparkan di keseluruhan jaket dengan tona warna hijau rimbun, manakala kasut dalam tona warna urban indigo. Kemeja-T pula dalam tona indigo yang digayakan bersama seluar denim biru. Lengkapkan gaya dengan beg denim bersama aksesori ringkas menyerlahkan aura maskulin seperti dompet kulit.
Camel active lebih menumpukan kepada spektrum penggunaan warna laut biru. T-shirt dan seluar khaki boleh didapati di dalam ton warna hijau laut ke biru gelap. Ton warna ini diperoleh melalui teknik dip-dye atau garment dye untuk mendapatkan gaya casual sesuai untuk lelaki maskulin.
Ciri-ciri penting koleksi camel active ialah peningkatan dalam penggunaan corak mikro dan horizontal stripes, corak dari 60-an dan 70-an dan juga corak bermotifkan floral. Koleksi kali ini lebih menumpukan kepada penggunaan warna yang agak cerah dan bercirikan nada maritim semulajadi. Penggunaan ton warna yang berbeza seperti warna putih dan beiges atau coklat serta penggunaan nuansa biru muda yang berbeza. Warna yang terang seperti indigo, kuning dan kelabu menjadi pelengkap koleksi ini.




Tags
Artikel Yang Berkaitan
INFLUENCE TO IMPACT: 5 JENAMA MILIK USAHAWAN MUDA DI MALAYSIA
Kenali lima personaliti media sosial lelaki Malaysia yang bermula dari public figure ke usahawan muda berjaya dengan jenama sendiri.
PESONA ‘GIRL-NEXT-DOOR’: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN
Cukup ramai personaliti media sosial wanita yang semakin lama semakin meningkat di Malaysia, dengan aura 'Girl-Next-Door' mereka.
‘GELORA ASMARA’, KOLABORASI RETRO JEMPUT DENGAR BERSAMA AININA HASNUL
Jemput Dengar melancarkan kolaborasi bersama Ainina Hasnul pada 6 Februari 2026 yang lalu, penuh groove dan retro.
WATAK LAKONAN ZARIF GHAZZI DENGAN ‘SECOND LEAD SYNDROME’
Zarif Ghazzi mungkin menjadi pelakon Malaysia yang memberikan second lead syndrome dengan watak-watak yang pernah dilakonkan olehnya.
GL PLAYLIST: 5 LAGU HIT YUNA PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI.
5 lagu Yuna yang ikonik, menampilkan evolusi muzik, lirik emosional, dan kejayaan global penyanyi-penulis lagu Malaysia ini.
YUNA, PENYANYI-PENULIS LAGU DARI MALAYSIA YANG DIRAIKAN OLEH PENDENGAR GLOBAL SERTA DIHORMATI OLEH IKON MUZIK ANTARABANGSA.
Yuna, artis Malaysia bertaraf global dari Myspace ke Billboard. Kepulangan emosional Yuna menerusi konsert The Valour Hour di Kuala Lumpur.










