KOLEKSI KACA MATA BOLON 2017 SERLAHKAN GAYA MODEN & ELEGAN ANDA
Jenama kaca mata, Bolon, telah menyatukan elemen seni dan fesyen dalam memperkenalkan reka bentuk yang asli dan unik untuk koleksi kaca mata Bolon 2017. Kaca mata mewah rekaan Itali, kini bersedia untuk menghangatkan lagi musim panas ini dengan reka bentuk yang mampu menyerlahkan keperibadian seseorang melalui pemilihan gaya klasik atau moden yang lebih berani. Setiap koleksi menawarkan reka bentuk fesyen kontemporari unik yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan teknik ukiran terkini dan bersesuaian dengan gaya pemakaian masyarakat hari ini.

Bolon menampilkan pelakon Amerika Syarikat serta pemenang anugerah Academy, Anne Hathaway, yang sememangnya terkenal dengan gaya fesyennya yang elegan sebagai duta jenama sejak 2016. Bolon, yang diasaskan pada tahun 2003 dan mula dilancarkan di Malaysia pada 2016 telah berjaya mengukuhkan kedudukannya disamping melakar kejayaan di seluruh Asia Pasifik.

Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian terhadap inovasi merupakan kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon. Kombinasi rekaan kaca mata Bolon yang kualiti tinggi dengan teknik ukiran terkini, dapat menjamin keaslian produknya dan keselesaan penglihatan si pemakai untuk menggayakannya. Dihasilkan dan diedarkan oleh Kumpulan Essilor, kaca mata Bolon diperbuat daripada Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan warna dan tekstur yang menarik. Selain itu, kaca mata Bolon juga direka daripada Resin Memori TR90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.
Kaca mata hitam Bolon dilengkapi dengan kanta polarisasi berdefinisi tinggi yang menawarkan pengalaman penglihatan terbaik bersama dengan teknologi baru E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) bagi memastikan tahap keselesaan dan perlindungan tertinggi.

Bolon juga turut menampilkan koleksi Bolon Kids khas untuk kanak-kanak sebagai pelengkap gaya fesyen terkini si manja anda.

Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 September 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur dihadiri dengan butik-butik baharu dalam dunia fesyen yang menambah lagi kemeriahan di kota sibuk ini.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN
Pereka fesyen menswear Malaysia kini mencipta identiti tersendiri dengan menggabungkan elemen tradisi tempatan dan sentuhan moden.
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN
Koleksi musim bunga/panas 2026 Bernard Chandran, BC Beach Culture memberi gabungan kreatif di KL Men's Fashion Week tahun ini.
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
KLFW 2025 hadir dengan penuh penantian. Penghargaan buat pereka-pereka lagenda serta pentas permulaan buat pereka baharu dunia fesyen.
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Personaliti fesyen dalam kalangan lelaki semakin meningkat terumatanya dengan peningkatan penggemar fesyen dalam kalangan lelaki muda kini.










