KOLEKSI TERBARU UNIQLO U MUSIM BUNGA 2022 BAKAL TIBA 11 FEBRUARI INI
KEMBALI LAGI DENGAN MEWUJUDKAN KOLEKSI YANG BERSIFAT ‘REVOLUSIONER’ DAN KONTEMPORARI. UNIFORM SEMPURNA BUAT GENERASI MASA KINI.
UNIQLO mengumumkan pelancaran rasmi koleksi musim bunga 2022 Uniqlo U mulai 11 Februari. Direka oleh Pengarah Artistik, Christophe Lemaire dan pasukan kreatifnya, musim ini menawarkan kenyamanan dalam stail berasaskan gaya musim baharu. Tentunya untuk musim bunga dan panas, koleksinya lebih menginjeksikan nuansa cerita musim panas yang hangat dan menonjol.
Mengusung nada kontemporari dan kekinian, unsur kefungsian kekal mendominasi. Yang datang dari aspek kerajinan tangan yang diutamakan. Palet warna bumi dan lembut, diolah bersamaan dengan praktikal berupa pada jaket, seluar dan helaian lain.
Koleksi baru ini, menangkap nada musim bunga yang sejati. Merangkumi siluet-siluet helaian yang nyaman, dicadangkan sebagai pakaian harian, misalnya sewaktu bekerja dari rumah atau ketika keluar bersiar-siar di hujung minggu. Seluruhnya banyak menggarap material bermutu yang nyaman dan ‘breathable’ sehingga menyebarkan rasa hangat, nyaman, dan menyenangkan.
Rangkaian warna menampilkan warna neutral yang hangat, hijau olive, warna tanah yang lembut dan ungu muda.
Rangkaian lelaki menawarkan rekaan yang direka khas dan fleksibel buat golongan lelaki kota. Dan buat mereka yang gemarkan rekaan ringkas dan kemas, namun mengutamakan penggayaan yang berteknikal dan ideal. Misalnya, jaket utiliti yang idel untuk dipakai ke pejabat juga rasa nyaman sekiranya menaiki pengangkutan awam. Tanpa rasa tidak selesa.
Siluet longgar dan berangin yang diperbuat daripada kain jersi lembut, terry dan linen akan memberi rasa selesa. Pergerakan lebih bebas, dan helaian-helaian berjalur yang terkandung sesuai pula untuk digaya ke destinasi bercuti dan ke pantai. Musim ini turut memuatkan koleksi pakaian dan aksesori untuk perempuan dan kanak-kanak.
#Uniqlo
Artikel berkaitan: FENDI X ARENA, HANGATKAN FESYEN MUSIM BUNGA 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.















