KOT TRENCH BURBERRY KEKAL IKONIK
100 TAHUN KEMUDIAN, BURBERRY TERUS MENGHADIRKAN RANGKAIAN KOT TRENCH BIARPUN SEJAUH MANA FESYEN MENGALAMI EVOLUSI. BURBERRY SUDAH TERBUKTI IANYA MENJADI HELAIAN WAJIB. A MUST HAVE. BURBERRY PERKENALKAN VARIASI REKAANNYA YANG PASTINYA MEMENUHI KEHENDAK SEMUA.
Trend kot trench tidak pernah pudar. Saban musim, helaian ini menjadi antara tawaran utama Burberry. Walaupun sudah menjangkau 100 tahun, ianya masih dikaitkan dengan Burberry. Kot trench Burberry tidak dinafikan lagi menjadi kegemaran ramai. Dan terbukti menjadi helaian wajib orang-orang England sampailah ke hari ini. Golongan selebriti, sosialit, pencinta fesyen, seperti Madonna, David Beckham, Tom Hardy, David Gandy dan ramai lagi, pernah dirakam menyarung kot trench Burberry. Bintang-bintang popular Asia juga tak terkecuali yang gemar memilih gaya bertunjangkan kot trench Burberry.
Dari satu generasi ke satu generasi lain, kot trench Burberry berevolusi seiring dengan peredaran zaman. Banyak stail yang berbeza-beza pernah disampaikan.
Apa jua cara pemakaian, Burberry tetap menonjol dengan cara tersendiri. Helaian ikonik Burberry ini tidak mengehadkan gaya peribadi. Tanpa mengira gender, identiti dan cita rasa fesyen. Ia adalah untuk semua.
Diperbuat dari Castleford, Yorkshire, Lebih dari 50 tahun, ia menggunakan potongan fabrik ‘gabardine’ yang diolah oleh Thomas Burberry pada 1879. Direka dengan teliti dan mengutamakan praktikaliti, fabrik kapas kalis cuaca dijadikan elemen terpenting dalam setiap penciptaan oleh Burberry. Itulah yang membezakan helaian Burberry dengan jenama lain dalam pasaran. Siluet klasik dikekalkan, namun potongan dan fit telah mengalami kebaharuan demi memenuhi kehendak pasaran dari semasa ke semasa.
Terdapat lima siluet yang ditawarkan Burberry-the Waterloo, Westminster, Kensington, Pimlico dan Camden- setiap rekaan meraikan keindividuan dengan menggunakan nama-nama lokasi ikonik di London.
Seiring dengan trend semasa, trench coat Burberry seringkali memperkenalkan idea padanan pakaian yang tidak dijangka. Atau, luar biasa. Generasi kini yang menggayakannya dalam memperlihatkan satu perspektif baharu, yakni menggabungkan ‘formality’ dengan praktikaliti. Sesuatu yang menurut peraturan diimbangi keselesaan.



Artikel berkaitan: It’s All About Accessorising
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan 'Veggie Collection' Jun ini.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.











