Skip to content

BEG GALAS COACH JANJIKAN GAYA PRAKTIKAL

Kongsikan artikel ini

Dalam idea Coach, lelakinya adalah berkarater lasak serta parktikal dan beg galas menjadi pelengkap gayanya. Terus membuahkan idea bagi melengkapi gerobok lelaki alfa dengan memperkenalkan dua beg galas baru bernama Hitch dan Rivington. Mengapa beg ini menjadi pilihan baru? Dan ia melengkapi keperluan harian? Sebab, sekarang lelaki juga membawa banyak barang. Tidak hanya sekdar dompet dan kunci kereta. Beg inilah yang akan memuatkan semua item penting harian. Jangan lupa your anti bacteria hand sanitizer too!

beg galas

Jeremy Lin bersama beg Hitch

kenali beg pertama yang diberi namanya, Hitch backpack. Ia menawarkan gaya lebih old school, sesuai untuk gaya lelaki yang lebih effortless. Diperbuat menggunakan material kanvas dan disimbah dengan motif ikonik Coach yakni Horse and Carriage. Juga ada dalam singature rona Coach, coklat tanah. Misi penghasilan beg Hitch ini adalah untuk memenuhi permintaan lelaki yang mahukan satu beg tapi cukup praktikal. Bisa digayakan untuk ke pejabat, atau terus lengkapi gaya kembara hujung minggu.

 

beg galas

Hitch Backpack

Lagi satu pula, adalah beg Rivington yang mendapat namanya daripada salah satu jalan di kota New York. Taruhan yang satu ini lebih ringkas dengan penataan rona monokrom. Ia cadangan pelengkap gaya yang mudah, tidak perlu rekaan yang terlalu sensasi. Coach cuba gabungkan gaya downtown orang New York bersama stail kelompok profesional. Ia nampak lebih klasik apabila logo retro Coach menjadi penyeri permukaan beg ini.

Quincy pilih beg Rivington

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
coach Malaysia

COACH ‘WEAR YOUR SHINE’ BERSAMA DOVE CAMERON, LIL BUCK, KEMIO, LEE YOUNG-JI & SONG YANFEI

Bacaan Lanjut
rancangan ogos 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2023

Bacaan Lanjut

COACH RUJUK STAIL KEINDIVIDUAN LIL NAS X

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

Bacaan Lanjut