Skip to content

LALAKI OFFICIAL, CURAH NAFAS BARU DALAM PENGHASILAN BAJU MELAYU KLASIK

Kongsikan artikel ini

Menjelang musim perayaan ini, sudah pasti banyak jenama-jenama busana baju melayu dihasilkan baik dari golongan seleberiti mahupun usahawan-usahawan tempatan. Tampil dengan keunikkan sendiri, setiap rekaan dilihat cukup menarik perhatian apatah lagi dikenakan lengkap dengan aksesori wajib lain seperti songkok, butang baju melayu dan sampin. Lalaki Official, antara jenama baju melayu yang Berjaya menarik perhatian kami. Walau baru setahun penubuhannya, penghasilan dan perincian setiap pasang dilihat menarik dan menawan. GL berkesempatan menemubual individu di sebalik jenama Lalaki Official dan memintanya berkongsi idea dan di sebalik jenama ini.

GLAM Lelaki: Kongsikan idea di sebalik terciptanya jenama Lalaki Official ini? Kenapa baju melayu?

HAZWAN JASMAN: Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada editor web GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama saya Hazwan Bin Jasman, berumur 31 tahun. Kenapa baju melayu? Baiklah, buat yang baru mengenali diri saya, sebelum ini saya pernah memiliki perusahaan jenama tudung saya sendiri bermula dari tahun 2013 hinggalah 2017. Namun, saya terpaksa menarik diri dari perushaan tersebut dek tiada persefahaman dengan rakan usahasama merangkap bekas kekasih saya sendiri. Jadi pengalaman lama membuatkan saya berusaha sendiri melibatkan diri dalam perniagaan. Alhamdulillah, Lalaki Official adalah idea saya sendiri.

GLAM Lelaki: Inspirasi dan identiti koleksi ini di mata anda?

HAZWAN JASMAN: Dalam proses penghasilan kurta, jubah dan baju melayu, saya menitikberatkan elemen keselesaan. Jika kebiasaan saya memakai baju melayu serta kurta berkolar tetapi malangnya kolar pula terlalu keras, bila sujud pula di bahagian belakang senang terangkat sehingga ternampak bahagian pinggul dan sebagainya. Jadi kesemua rekaan kurta dan baju melayu saya mempunyai kolar yang lembut dan belakang lebih panjang dari hadapan. Senang cakap, saya hasilkan koleksi yang selesa dan menyelesaikan masalah yang saya hadapi selama ini.

GLAM Lelaki: Kenapa memilih Nazim Othman dan Nabil Aqil sebagai wajah baju melayu jenama anda?

HAZWAN JASMAN: Saya mengenali Nabil Aqil sejak beberapa tahun yang dulu sebelum beliau terkenal lagi dan dirinya punya aura yang tersendiri, dan Nazim pula saya yakin beliau mampu untuk menaikkan seri jenama saya. Lagipun saya sudah lama bersahabat baik dengan Nazim dari tahun lepas lagi, jadi amat mudah untuk bekerjsama.

GLAM Lelaki: Keistimewaan koleksi baju melayu ini berbanding jenama-jenama lain di luar sana?

HAZWAN JASMAN: Saya melihat kini ramai anak muda menyukai baju melayu dengan rekaan slim fit, tetapi ada juga yang berbadan besar, peha besar dan sebagainya. Jadi saya menghasilkan design slim fit, tapi tidak terlalu ketat di sesetengah bahagian agar masih selesa ketika duduk dan bergerak.

GLAM Lelaki: Harapan anda pada koleksi ini?

HAZWAN JASMAN: Saya berharap jenama ini akan dapat diterima ramai dan alhamdulillah jualan kurta, jubah dan baju melayu sangat menggalakkan. Seperti usahawan-usahawan lain, saya berharap jualan baju melayu saya akan ‘meroket’ pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Buat anda yang ingin mendapatkan rekaan baju melayu eksklusif Lalaki Official, boleh ikuti laman Instagram kami di @lalakiofficial, Facebook kami di Lalakiofficial atau layari laman web kami https://www.lalakiofficial.com/. Terima kasih.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 Mei 2019

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Hatta Dolmat Raya

RAIKAN PAGI RAYA 2024 BERSAMA HATTA DOLMAT

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut