LVxNBA, LOUIS VUITTON REALISASI PROJEK BERSAMA NBA
LOUIS VUITTON HADIRKAN KOLEKSI LENGKAP BERSIFAT SUKAN LAGI. NAMUN BERBEZA KALI INI, LVXNBA DIHASILKAN BERSAMA NATIONAL BASKETBALL ASSOCIATION (NBA), MELUNCURKAN KOLEKSI YANG MENGEKSPLORASI DUNIA DAN ESENSI SUKAN BOLA KERANJANG. EXAMPLE, THINK ABOUT MICHAEL JORDAN’S FAMOUS STYLE?
Dedikasi pra-musim luruh 2021, LVxNBA melanjutkan kerjasama kreatif antara Louis Vuitton dan National Basketball Association (NBA). Memasuki koleksi kedua, kedua-dua jenama besar ini mengeksplorasi dunia sukan bola keranjang, secara spesifiknya mencedok ilham dan esensi sukan bola keranjang sekitar era ‘90-an. Yang mana pada waktu itu, sukan bola keranjang sangat popular hingga mencetus fenomena tersendiri.
Sukan bola keranjang merupakan sebahagian daripada pembentukan penting budaya pop ‘90-an. Masakan tidak, nama-nama pemain bola keranjang seperti Michael Jordan, Gary Payton dan Karl Malone meningkat popular. Tak heran kini menjadi sumber inspirasi Louis Vuitton untuk koleksi pra musim luruh tahun ini.

Maka itu, Pengarah Artistik Louis Vuitton, Virgil Abloh menampilkan rekaan yang menggarap inspirasi dari momen ikonik sukan bola keranjang. Koleksi ini meraikan detik-detik permainan yang menyatukan kebersamaan dan inklusif serta karakter yang beragam.
Mencerminkan nilai-nilai keakraban dan kunci gaya hasil rekaan Virgil Abloh. Seleksi rekaan merupakan hasil rekaan bersama pereka Don Crawley, seorang yang mahir dalam seni reka dan sukan. Virgil dan Crawley berkongsi idea dalam rekaan utama, seperti jaket blouson, seluar pendek dan beg Keepall yang berhias motif, menampilkan identiti sukan bola keranjang dari perspektif Louis Vuitton.
LVxNBA untuk musim ini, memfokuskan kepada koleksi lengkap yang terdiri daripada tiga tema gaya yang ideal seorang atlet bola keranjang. Menawarkan rekaan sedia pakai dan aksesori yang mencadangkan tema kembara, bermain bola keranjang dan menghadiri majlis sidang media. Untuk gaya kembara, gaya kasual seperti jaket blouson dan seluar bercorak floral Louis Vuitton dihadirkan. Baju panas berhud dilengkapi logo LV berserta seluar pendek yang sepadan, nyata melambangkan gaya nyata pemain bola keranjang. Gaya kembara pula memberi cerminan gaya yang lebih rileks, bersahaja dan lebih ‘playful’.


Terinspirasi dari saat gaya bermain, paduan gaya jaket blousons, kemeja dan seluar pendek dalam rekaan multi rona ‘Louis Vuitton’, mewakili esensi gaya pemain bola keranjang. Yang gemar bergaya ‘bold’ dan menonjol. Tiap fon ‘Louis Vuitton’ yang dipaparkan adalah berbeza rupanya, untuk melambangkan jenis huruf’ setiap pasukan NBA. Seluar pendek yang sengaja direka dalam siluet varsity, memperkukuhkan lagi identiti rekaan yang bersifat sukan.
Gaya yang lebih formal, seperti boxy black suit dan overcoat turut ditampilkan, memberi gambaran idea pemain bola keranjang yang sedang menghadiri majlis sidang media.Yang mana, pernah menjadi tumpuan media suatu ketika dahulu.
Perihal aksesori pula, merangkumi rangkaian beg dan barang kemas turut sama mendapat inspirasi rekaan dari esensi pemain bola keranjang dari era ‘90-an. Aksesori beg diolah rupa eksentrik, hadir dalam beragam ukuran, warna dan model kulit yang dapat dipilih sesuai dengan citra diri masing-masing. Versatiliti dan praktikaliti juga merupakan aspek terpenting dalam penciptaan aksesori LVxNBA.
Barang kemas yang termuat dalam LVxNBA dihadirkan dalam rekaan yang unggul serta cukup bold karakternya. Terlihat stylish pabila menghiasi leher atau pergelangan tangan. Membuat gaya terkesan lebih unik apalagi jika pakaian yang dikenakan memiliki butiran berlawanan. Anda sahaja yang berupaya menentukan bagaimana menyampaikan esensi utamanya melalui gaya peribadi.
#lvxnba
Artikel berkaitan: VICTORY TRAVELS IN LOUIS VUITTON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.











