Skip to content

LVxNBA, LOUIS VUITTON REALISASI PROJEK BERSAMA NBA

LVxNBA, LOUIS VUITTON REALISASI PROJEK BERSAMA NBA

Kongsikan artikel ini

LOUIS VUITTON HADIRKAN KOLEKSI LENGKAP BERSIFAT SUKAN LAGI. NAMUN BERBEZA KALI INI, LVXNBA DIHASILKAN BERSAMA NATIONAL BASKETBALL ASSOCIATION (NBA), MELUNCURKAN KOLEKSI YANG MENGEKSPLORASI DUNIA DAN ESENSI SUKAN BOLA KERANJANG. EXAMPLE, THINK ABOUT MICHAEL JORDAN’S FAMOUS STYLE?

 

Dedikasi pra-musim luruh 2021, LVxNBA melanjutkan kerjasama kreatif antara Louis Vuitton dan National Basketball Association (NBA). Memasuki koleksi kedua, kedua-dua jenama besar ini mengeksplorasi dunia sukan bola keranjang, secara spesifiknya mencedok ilham dan esensi sukan bola keranjang sekitar era ‘90-an. Yang mana pada waktu itu, sukan bola keranjang sangat popular hingga mencetus fenomena tersendiri. 

Sukan bola keranjang merupakan sebahagian daripada pembentukan penting budaya pop ‘90-an. Masakan tidak, nama-nama pemain bola keranjang seperti Michael Jordan, Gary Payton dan Karl Malone meningkat popular. Tak heran kini menjadi sumber inspirasi Louis Vuitton untuk koleksi pra musim luruh tahun ini.

Louis Vuitton NBA

Maka itu, Pengarah Artistik Louis Vuitton, Virgil Abloh menampilkan rekaan yang menggarap inspirasi dari momen ikonik sukan bola keranjang. Koleksi ini meraikan detik-detik permainan yang menyatukan kebersamaan dan inklusif serta karakter yang beragam.

Mencerminkan nilai-nilai keakraban dan kunci gaya hasil rekaan Virgil Abloh. Seleksi rekaan merupakan hasil rekaan bersama pereka Don Crawley, seorang yang mahir dalam seni reka dan sukan. Virgil dan Crawley berkongsi idea dalam rekaan utama, seperti jaket blouson, seluar pendek dan beg Keepall yang berhias motif, menampilkan identiti sukan bola keranjang dari perspektif Louis Vuitton. 

LVxNBA untuk musim ini, memfokuskan kepada koleksi lengkap yang terdiri daripada tiga tema gaya yang ideal seorang atlet bola keranjang. Menawarkan rekaan sedia pakai dan aksesori yang mencadangkan tema kembara, bermain bola keranjang dan menghadiri majlis sidang media. Untuk gaya kembara, gaya kasual seperti jaket blouson dan seluar bercorak floral Louis Vuitton dihadirkan. Baju panas berhud dilengkapi logo LV berserta seluar pendek yang sepadan, nyata melambangkan gaya nyata pemain bola keranjang. Gaya kembara pula memberi cerminan gaya yang lebih rileks, bersahaja dan lebih ‘playful’. 

Louis Vuitton NBA

Louis Vuitton NBA

Terinspirasi dari saat gaya bermain, paduan gaya jaket blousons, kemeja dan seluar pendek dalam rekaan multi rona ‘Louis Vuitton’, mewakili esensi gaya pemain bola keranjang. Yang gemar bergaya ‘bold’ dan menonjol. Tiap fon ‘Louis Vuitton’ yang dipaparkan adalah berbeza rupanya, untuk melambangkan jenis huruf’ setiap pasukan NBA. Seluar pendek yang sengaja direka dalam siluet varsity, memperkukuhkan lagi identiti rekaan yang bersifat sukan. 

Gaya yang lebih formal, seperti boxy black suit dan overcoat turut ditampilkan, memberi gambaran idea pemain bola keranjang yang sedang menghadiri majlis sidang media.Yang mana, pernah menjadi tumpuan media suatu ketika dahulu. 

Perihal aksesori pula, merangkumi rangkaian beg dan barang kemas turut sama mendapat inspirasi rekaan dari esensi pemain bola keranjang dari era ‘90-an. Aksesori beg diolah rupa eksentrik, hadir dalam beragam ukuran, warna dan model kulit yang dapat dipilih sesuai dengan citra diri masing-masing. Versatiliti dan praktikaliti juga merupakan aspek terpenting dalam penciptaan aksesori LVxNBA.

Barang kemas yang termuat dalam LVxNBA dihadirkan dalam rekaan yang unggul serta cukup bold karakternya. Terlihat stylish pabila menghiasi leher atau pergelangan tangan. Membuat gaya terkesan lebih unik apalagi jika pakaian yang dikenakan memiliki butiran berlawanan. Anda sahaja yang berupaya menentukan bagaimana menyampaikan esensi utamanya melalui gaya peribadi. 

#lvxnba

Artikel berkaitan: VICTORY TRAVELS IN LOUIS VUITTON 

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

FELIX STRAY KIDS DAN SHO HIRANO ANTARA YANG MENGHADIRI LOUIS VUITTON MEN PRE-FALL 2024 DI HONG KONG

Bacaan Lanjut