Skip to content

MACHINE GUN KELLY X REEBOK CLUB C OVERBRANDED

Kongsikan artikel ini

Penyanyi hip hop berkulit putih terkenal, Machine Gun Kelly atau nama sebenarnya, Colson Baker yang kini sedang meningkat naik dengan lagu duetnya bersama Camilla Cabello, Bad Things baru-baru ini bekerjasama dengan jenama pakaian sukan terkenal Reebok untuk kempen terbaru Club C Overbranded. Koleksi kempen ini mengambil inspirasi dari parti gudang sewaktu era 90-an.

Untuk kempen ini, ia mendapat sentuhan jurugambar terkenal Atiba Jefferson, di mana Machine Gun Kelly tampak effortless dalam setiap gambar yang dirakam di dalam gudang terbiar di Chigaco. Machine Gun Kelly turut menyerlahkan kasut sneaker Reebok, Club C yang datang dalam enam variasi warna menarik.

Jelas Machine Gun Kelly atau lebih dikenali sebagai MGK, jenama Reebok seakan ‘berkata’ padanya tentang stail dan pengayaan peribadi yang ditampilkan tanpa perlu takut mengambil sebarang risiko. Jelas MGK lagi, “Anda boleh memadankan emosi anda dengan pakaian dan nyatakan apa yang anda rasa tanpa perlu bercakap secara lisan. Gaya yang saya utamakan adalah gaya yang bersedia untuk apa saja persembahan (show-ready), di mana setiap kali saya menyarung apa saja pakaian, saya nekad untuk menjadi ikonik di atas pentan dan bisa untuk mengetahui apa saja momen dengan gaya yang betul, pasti akan kekal selamanya”.

Dikenali dengan aliran tenaga, tatu berwarna-warni, dan gaya berani, jelas Damion Presson, Pengarah Pemasaran Hiburan Reebok menjelaskan, pemilihan MGK benar-benar sesuai malah membawa tenaga unik kepada kerjasama ini. MGK banyak beri dan salurkan input kreatif kepada kempen ini, dan jelas sekali beliau percaya dengan apa yang Reebok tampilkan.

Selain kasut, kempen ini turut memperkenalkan koleksi lain seperti kasut tennis, hoodie dan jaket denim. The Club C kini boleh didapati melalui laman Reebok.com dan peruncit terpilih.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Ogos 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER TAI-CHI OG KEMBALI DENGAN SILUET IKONIK AWAL 2000-AN

ONITSUKA TIGER TAI-CHI OG KEMBALI DENGAN SILUET IKONIK AWAL 2000-AN

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut