MACHINE GUN KELLY X REEBOK CLUB C OVERBRANDED
Penyanyi hip hop berkulit putih terkenal, Machine Gun Kelly atau nama sebenarnya, Colson Baker yang kini sedang meningkat naik dengan lagu duetnya bersama Camilla Cabello, Bad Things baru-baru ini bekerjasama dengan jenama pakaian sukan terkenal Reebok untuk kempen terbaru Club C Overbranded. Koleksi kempen ini mengambil inspirasi dari parti gudang sewaktu era 90-an.

Untuk kempen ini, ia mendapat sentuhan jurugambar terkenal Atiba Jefferson, di mana Machine Gun Kelly tampak effortless dalam setiap gambar yang dirakam di dalam gudang terbiar di Chigaco. Machine Gun Kelly turut menyerlahkan kasut sneaker Reebok, Club C yang datang dalam enam variasi warna menarik.

Jelas Machine Gun Kelly atau lebih dikenali sebagai MGK, jenama Reebok seakan ‘berkata’ padanya tentang stail dan pengayaan peribadi yang ditampilkan tanpa perlu takut mengambil sebarang risiko. Jelas MGK lagi, “Anda boleh memadankan emosi anda dengan pakaian dan nyatakan apa yang anda rasa tanpa perlu bercakap secara lisan. Gaya yang saya utamakan adalah gaya yang bersedia untuk apa saja persembahan (show-ready), di mana setiap kali saya menyarung apa saja pakaian, saya nekad untuk menjadi ikonik di atas pentan dan bisa untuk mengetahui apa saja momen dengan gaya yang betul, pasti akan kekal selamanya”.

Dikenali dengan aliran tenaga, tatu berwarna-warni, dan gaya berani, jelas Damion Presson, Pengarah Pemasaran Hiburan Reebok menjelaskan, pemilihan MGK benar-benar sesuai malah membawa tenaga unik kepada kerjasama ini. MGK banyak beri dan salurkan input kreatif kepada kempen ini, dan jelas sekali beliau percaya dengan apa yang Reebok tampilkan.


Selain kasut, kempen ini turut memperkenalkan koleksi lain seperti kasut tennis, hoodie dan jaket denim. The Club C kini boleh didapati melalui laman Reebok.com dan peruncit terpilih.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 7 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.










