MOMEN FESYEN BINTANG THE UNION DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Filem terbaru gandingan Mark Wahlberg dan Halle Berry, The Union akhirnya menemui penonton di Netflix.
Baru-baru ini berlangsungnya acara tayangan perdana di Los Angeles yang dihadiri barisan pelakon dan pasukan kreatif. Bertempat di The Egyptian Theatre Hollywood, bintang-bintang filem muncul di karpet merah dalam persalinan mewah lagi bergaya.
Halle tampil anggun dalam gaun berenda jarang rona hitam bersama kasut sedondon. Mark yang merupakan pengasas bersama jenama Municipal pula memilih penampilan lebih kasual. Dia menyarung kemeja-T putih, jaket biru kelasi, celana rona gelap dan kasut sniker putih.
Naskah arahan Julian Farino ini merupakan filem perisik komedi mengenai sebuah organisasi kerajaan rahsia bernama The Union. Halle menggalas watak sebagai perisik Union bernama Roxanne Hall yang kembali ke New Jersey, 25 tahun selepas dia memutuskan hubungan dengan kekasih zaman sekolah menengahnya, Mike McKenna (Mark).
The Union cuba mendapatkan beberapa data yang dicuri seorang pembelot CIA yang menyenaraikan nama setiap pegawai kerajaan di Amerika Syarikat. Memandangkan setiap ejen The Union disenaraikan dalam fail, mereka memerlukan bantuan individu tidak dikenali untuk menyelesaikan misi tersebut.
Jadi Roxanne mencadangkan Mike, seorang buruh binaan yang agak keberatan untuk menyertai operasi itu namun akhirnya bersetuju. Anda boleh menonton kesudahannya di Netlix pada 16 Ogos 2024.
Tinjau stail barisan bintang The Union di acara karpet merah
Halle Berry
Mark Wahlberg
Alice Lee
Patch Darragh
Jackie Earle Haley
Adewale Akinnuoye-Agbaje
Jessica De Gouw
Mike Colter
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: GAYA BINTANG BORDERLANDS DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
20 PALING SEGAK DI GOVERNORS AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
Nicholas Hoult, Jude Law, Barry Keoghan dan Paul Mescal antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian di karpet merah Governors Awards 2024.
KESERASIAN LUAR BIASA MARK WAHLBERG & HALLE BERRY DALAM THE UNION
Dua bintang popular, Mark Wahlberg dan Halle Berry dipertemukan dalam filem terbaru untuk menyelesaikan satu misi berbahaya.
STAIL TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM CANNES 2024
Acara ekstravaganza, Festival Filem Cannes kebiasaannya menampilkan antara detik fesyen gah dan terbaik sepanjang tahun.
DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG
Nampaknya persahabatan David Beckham dan Mark Wahlberg yang terjalin sejak 15 tahun lalu telah menemui titik noktah.
15 SEGAK & ANGGUN DI BAFTA FILM AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
BAFTA Film Awards ke-77 yang berlangsung di Royal Festival Hall, London meriah dengan kehadiran bintang ternama.
TRANSFORMASI MENGEJUTKAN MARK WAHLBERG DEMI FILEM TERBAHARU
Tubuh sasa Wahlberg kini kelihatan berisi dan buncit!