MOMEN FESYEN SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN GLADIATOR II
Filem sekuel yang dinantikan penonton, Gladiator II akhirnya ditayangkan di layar perak selepas lebih dua dekad.
Naskah arahan Ridley Scott ini dibintangi oleh nama-nama besar seperti Paul Mescal, Denzel Washington, Pedro Pascal, Connie Nielsen dan Joseph Quinn.
Baru-baru ini berlangsungnya majlis tayangan perdana di kota London yang dihadiri barisan pelakon dan selebriti jemputan. Bertempat di Leicester Square Oden, bintang-bintang filem muncul di karpet merah bertemakan Coliseum dalam persalinan mewah lagi bergaya.
Beberapa selebriti terkenal turut hadir memberi sokongan kepada filem ini. Antaranya Andrew Scott, Jodie Turner-Smith Idris Elba dan Lux Pascal, pelakon yang juga adik kepada Pedro Pascal. Karpet merah ini turut menyaksikan kemunculan Raja Charles III, sekali gus menandakan penampilan pertamanya sebagai monarki di acara amal filem dan televisyen.
Gladiator II berkisar tentang Lucius, anak lelaki Lucilla yang diberi hak menaiki takhta sebagai Caeser. Bagaimanapun dek kerana terharu melihat pengorbanan dan keberanian Maximus 20 tahun lalu, dia memilih untuk meneruskan legasi Maximus dan mengembalikan kegemilangan Rome kepada rakyatnya.
Filem ini sudah pun ditayangkan di pawagam tanah air bermula 14 November lalu.
Tinjau gaya bintang Gladiator II dan para tetamu yang mencuri tumpuan
Paul Mescal
Pedro Pascal
Denzel Washington
Connie Nielsen
Joseph Quinn
Andrew Scott
Idris Elba
Jodie Turner-Smith
Alex Karim
Fred Hechinger
Matt Lucas
Yuval Gonen
Carlos Sainz Jr. & Charles Leclerc
Kunal Nayyar
Lux Pascal
Foto: Tom + Lorenzo
Pautan berkaitan: STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WICKED
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BAGAIMANA PAUL MESCAL BINA OTOT UNTUK WATAK LUCIUS DALAM GLADIATOR II?
Otot kekar Paul Mescal mencuri perhatian dalam filem sekuel yang dinantikan peminat, Gladiator II.
5 FILEM TERBAIK PEDRO PASCAL ANDA WAJIB TONTON TERMASUK GLADIATOR II
Glam Lelaki senaraikan filem Pedro Pascal yang meraih skor tertinggi daripada pengkritik Rotten Tomatoes.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WICKED
Los Angeles hangat dengan kemunculan bintang popular pada acara tayangan perdana filem Wicked. Tinjau gaya pilihan mereka.
MOMEN FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH MTV EMA 2024
Shawn Mendes, Taika Waititi dan Aaron Taylor-Johnson antara yang hadir memeriahkan acara MTV EMA 2024.
25 FESYEN GLAMOR SELEBRITI DI LACMA ART+FILM GALA 2024
Acara yang dihoskan oleh Leonardo DiCaprio dan pemegang amanah LACMA, Eva Chow meriah dengan kehadiran bintang ternama dalam persalinan memukau mata.
30 FESYEN ‘GLAMOR NEW YORK’ DI KARPET MERAH CFDA AWARDS 2024
Stail terbaik di CFDA Awards bukan hanya berkisar tentang selebriti yang menggayakannya. Pada karpet merah acara yang berlangsung di New York City baru-baru ini, bakat-bakat besar di sebalik setiap rekaan dan jahitan turut diraikan.