MOMEN FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH MTV EMA 2024
MTV Europe Music Awards atau lebih dikenali sebagai MTV EMA 2024 kembali untuk meraikan muzik, budaya dan selebriti terbaik dari seluruh dunia.
Dihoskan oleh penyanyi dan pelakon Rita Ora, anugerah muzik antarabangsa ini berlangsung pada 11 November di Co-op Live Stadium di Manchester, UK.
Seperti telah dijangka, Taylor Swift yang mendapat tujuh pencalonan mendominasi kemenangan dengan membawa pulang empat trofi. Kini sedang sibuk dengan konsert The Eras Tour di Amerika Utara, dia merakamkan penghargaan kepada peminat menerusi sebuah video.
Bakat-bakat besar lain yang diiktiraf termasuk Tyla yang membawa pulang tiga trofi, Sabrina Carpenter, Ariana Grande, Eminem dan Jimin.
Acara MTV EMA tahun ini diserikan dengan kehadiran barisan artis popular. Para tetamu tampil menghangatkan karpet merah dengan pilihan gaya berani daripada gaun rona terang hingga sut di luar kebiasaan.
Semak gaya selebriti yang mencuri perhatian pencinta fesyen di MTV EMA 2024
Taika Waititi
Rita Ora
Aaron Taylor-Johnson
Jodie Turner-Smith
Shawn Mendes
Tyla
Olly Alexander
Raye
Benson Boone
Mabel
Busta Rhymes
The Warning
Gavin Rossdale
Le Sserafim
Foto: Getty Images/PA Wire
Pautan berkaitan: FESYEN SELEBRITI LELAKI DI KARPET MERAH MTV VMA 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WICKED
Los Angeles hangat dengan kemunculan bintang popular pada acara tayangan perdana filem Wicked. Tinjau gaya pilihan mereka.
TAYLOR SWIFT MENANG BESAR DI MTV EMA 2024
MTV Europe Music Awards atau lebih dikenali sebagai MTV EMA meraikan muzik, budaya dan selebriti paling cemerlang pada setiap tahun.
25 FESYEN GLAMOR SELEBRITI DI LACMA ART+FILM GALA 2024
Acara yang dihoskan oleh Leonardo DiCaprio dan pemegang amanah LACMA, Eva Chow meriah dengan kehadiran bintang ternama dalam persalinan memukau mata.
30 FESYEN ‘GLAMOR NEW YORK’ DI KARPET MERAH CFDA AWARDS 2024
Stail terbaik di CFDA Awards bukan hanya berkisar tentang selebriti yang menggayakannya. Pada karpet merah acara yang berlangsung di New York City baru-baru ini, bakat-bakat besar di sebalik setiap rekaan dan jahitan turut diraikan.
FESYEN LELAKI PALING MENCURI PERHATIAN DI TIME100 NEXT GALA 2024
Selain acara itu sendiri, turut mencuri tumpuan tentunya momen fesyen selebriti di karpet merah.
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WOLFS
TCL Chinese Theater, Los Angeles menyaksikan kehadiran barisan pelakon dan tetamu untuk tayangan filem terbaru, Wolfs pada 19 September lalu.