Skip to content

NICK SYAF, KOREOGRAFER BERTUKAR 'INFLUENCER'

NICK SYAF, KOREOGRAFER BERTUKAR ‘INFLUENCER’

Kongsikan artikel ini

NICK SYAF (@onlynicksyaf) DAN KUMPULAN TARINYA ‘ZEPPOYOUNGSTERZ’ SEMAKIN LIGAT MEWARNAI LAPANGAN MUZIK TEMPATAN. ADA PERSEMBAHAN PENTAS, NICK SYAF TENTUNYA KELIHATAN MENGIRINGI PERSEMBAHAN ITU. SETAKAT INI SUDAH BEBERAPA PENYANYI TERKENAL PERNAH NICK SYAF BEKERJASAMA. SELAIN DARIPADA BAKAT MENARI, NICK SYAF JUGA MENONJOL DALAM MEDIA SOSIAL LANGSUNG BERGELAR INFLUENCER FESYEN BERPENGARUH. PERKONGSIAN STAILNYA DALAM MEDIA SOSIAL SERINGNYA MENGUNDANG KOMEN-KOMEN POSITIF. SEMUANYA MENGAGUMI STAIL PERIBADI NICK SYAF YANG CUKUP BOLD. GLAM LELAKI BERSEMBANG TENTANG STAIL BERSAMA NICK SYAF.

 

 

1.PERKHABARAN BAHARU NICK SYAF?

Buat masa ini, Nick sedang sibuk berlatih untuk penyertaan di pertandingan menari antarabangsa bersama kumpulan penari (@zeppoyoungsterz) untuk mewakili Malaysia dalam ‘The Phaze’. Sambil itu, jikalau masa lapang, saya membuat reviu-reviu produk juga terlibat dengan projek tertentu. Saya juga sedang merancang projek-projek baharu bersama krew penami pertama saya, (@nastyrockcrew).

2. NICK SYAF SUKAKAN FESYEN. YOU HAVE A GREAT SENSE OF STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI FESYEN NICK SYAF?

Saya akan pakai pakaian yang selesa. Lebih gemar pakai pakaian yang ‘oversized’ kerana ia sangat selesa dan nyaman, memudahkan saya untuk bergerak terutamanya ketika menari. Dressing up helps me gain confident. Saya akan rasa kurang yakin jika merasakan sesuatu yang saya pakai itu tidak ‘kena’ dengan saya atau rasa tidak selesa.

3. APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN NICK SYAF?

Saya selalu dapat inspirasi gaya dari orang-orang dalam media sosial atau individu di sekeliling saya. Terkadang saya tidak pakai pakaian yang banyak warna. Hmm.. tetapi pendapat saya, kontra warna memainkan peranan yang penting dalam penggayaan.

4. NICK SYAF BEKERJA SEBAGAI KOREOGRAFER DAN SEKARANG DIANGGAP FASHION INFLUENCER. APAKAH PERKARA YANG COOL TENTANG KEDUA-DUA PEKERJAAN TERSEBUT?

Banyak perkara yang cool tentang kedua-dua pekerjaan yang saya lakukan sekarang. Antaranya, saya dapat mengenali ramai individu yang berbakat dan mengagumkan. Di samping itu, dapat berkongsi cerita kepada orang ramai tentang perjalanan seorang penari dan mereka dapat tahu kesusahan seseorang penari itu untuk mencipta nama. Serta membawa nama Malaysia ke peringkat dunia.

 

Nick Syaf

 

5. GAYA LELAKI YANG MENJADI PILIHAN NICK SYAF?

‘Oversized’, kasual, ringkas, selesa dan stail yang diinspirasikan dari dunia Anime.

6. SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA YANG MEMILIKI GAYA YANG COOL?

Hael Husaini dan Aedy Ashraf

7. APAKAH PERUBAHAN YANG DIJANGKA AKAN BERLAKU DALAM FESYEN PADA TAHUN 2021? TAMBAHAN LAGI PANDEMIK YANG MASIH BERLANJUTAN.

Pada pendapat saya, industri fesyen akan berubah walaupun krisis pandemik tidak terjadi. Fashion will always change. Sekarang, pelitup muka adalah aksesori paling penting dalam fesyen. Pereka-pereka fesyen mengambil peluang ini untuk mereka pelitup muka dalam versi masing-masing dan saya anggap ia satu perubahan yang cool. Kerana memakai pelitup muka merupakan satu kewajiban sekarang. People are also still learning to suits their face masks with their outfits.

 

 

8. TIP FESYEN UNTUK LELAKI?

It’s okay to look different than others. Kenakan stail yang membuatkan anda rasa selesa dan yang akan meningkatkan keyakinan diri. Life is short, so just try everything. Dan lagi, pakaian yang mahal tak semestinya membuatkan penampilan anda kelihatan mahal. Be creative!

9. BAGAIMANAKAH NICK SYAF BOLEH BELAJAR MENARI?

Rasa itu timbul selepas menonton Jabbawockeez. Dan mula terdedah kepada budaya Kpop sejak usia 14 tahun lagi. Dan sewaktu beru mur 16 tahun, saya perlu persembahkan tarian buat pertama kalinya untuk sambutan Hari Guru di sekolah. Selepas peperiksaan SPM, saya mula fokus dan belajar secara serios untuk menari. Acara ‘Citrawarna Malaysia 2016’ adalah persembahan terbesar yang pernah saya lakukan sepanjang bergelar penari.

10. LABEL ATAU PEREKA FESYEN KEGEMARAN? MENGAPA?

Hatta Dolmat. Kerana rekaannya punya konsep-konsep tertentu dan pada saya, ia amat sempurna. Rekaannya juga sering menggabungkan aspek moden dan klasik yang sesuai digayakan untuk semua lapisan generasi.

 

Artikel berkaitan: ADIQ RAHMAN, RUJUKAN FESYEN TERBAHARU

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut