NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK
TIFFANY & CO. AND NIKE BROKE THE INTERNET! PENGUMUMAN RASMI KERJASAMA AIR FORCE 1 LOW BERSAMA TIFFANY & CO. TELAH BIKIN SATU DUNIA TIDAK SENANG DUDUK. UNTUK ANDA PENYUKA GAYA VIBRANT DAN MUDA PASTI MENGIMPIKAN KOLEKSI INI MELENGKAPI GEROBOK FESYEN MUSIM BAHARU.
Sebelum pengumuman rasmi antara Tiffany & Co. dan Nike, teaser mengenai koleksi ini telah pun viral dan menjadi bualan hangat. Kerjasama ini merupakan penampilan sulung Nike x Tiffany & Co. Air Force 1 1837 dan koleksi aksesori perak edisi terhad Tiffany & Co. Yang diilhamkan dan bakal menjengah pasaran pada 7 Mac. Rekaan kasut tersebut merayakan sambutan ulang tahun ke-40 Air Force 1, dan merupakan kolaborasi pertama untuk jenama yang dikenali sebagai “legendary pair”.
Nike x Tiffany & Co. Air Force 1 1837 akan tersedia di dua lokasi Tiffany & Co. New York dan secara global melalui aplikasi SNKRS Nike, dan butik fesyen terpilih. Kasut ini direka dalam balutan suede premium, menampilkan Tiffany Blue® Swoosh dan mempunyai butiran perak jenama bersama pada setiap bahagian atas tumit. Akan tersedia dalam saiz antara US 3.5M-18M, dan akan dijual pada harga $400 USD.
Menghangatkan lagi koleksi, Tiffany & Co. turut menawarkan koleksi aksesori perak edisi terhad yang cukup menawan. Khusus peminat aksesori, tentu sahaja koleksi epik tersebut ingin sekali dimiliki.
What to expect?
1. Tiffany Blue® Swoosh

Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.











