ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY
Onitsuka Tiger yang bakal meraikan ulang tahun yang ke-75 pada 2024 mengumumkan kerjasama global bersama ASTRO BOY selaku projek untuk menandakan permulaan tahun ini.
Berasal dari Onitsuka Shokai yang diasaskan oleh Kihachiro Onitsuka pada tahun 1949, Onitsuka Tiger bakal meraikan sambutan ulang tahun ke-75 pada tahun 2024. Sambil menantikan ulang tahun ke-100 dalam 25 tahun akan datang, mereka kini kembali kepada semangat dan visi asal yang diamanahkan oleh pengasas ke atas Onitsuka Tiger iaitu: impian dan harapan golongan muda serta keinginan untuk berusaha ke arah masa hadapan yang cerah.
ASTRO BOY adalah siri TV anime berdurasi penuh pertama di Jepun. Dan Onitsuka Tiger pula memperkenalkan kasut olahraga asli pertama yang dibuat di Jepun. Pencapaiankedua-dua nama besar ini didorong oleh keinginan untuk menyuburkan lagi gaya hidup serta harapan untuk kanak-kanak yang menjadi masa depan sejagat. Agar mereka dapat terus bermimpi yang kemudiannya berjaya menggapai mimpi tersebut.
Butik Pop-Up Onitsuka Tiger dan ASTRO BOY di Ginza, Jepun
Kolaborasi ini boleh didapati di Butik Pop-Up Ginza dan onitsukatiger.com di Jepun pada 12 Disember 2023 selaku keluaran pertama di dunia. Serta di beberapa butik Onitsuka Tiger terpilih seluruh Jepun pada 16 Disember2023. Di peringkat global, kolaborasi ini akan diteruskan secara berturutan di 12 negara mulai Januari 2024 dan Butik Pop-Up seterusnya akan dibuka di Samaritaine Paris Pont-Neuf, sebuah pusat membeli-belah di Paris pada 16 Januari 2024.
Koleksi Kolaborasi Onitsuka Tiger dan Astro Boy
Koleksi ini termasuk item yang menampilkan logo asal serta reka bentuk ASTRO BOY, yang dicipta secara eksklusif untuk kolaborasi ini. Ia juga yang hadir dalam pelbagai kategori uniseks. Himpunan ini terdiri daripada 43 item secara keseluruhannya, termasuk kemeja, sut trek, skirt dan seluar, serta beg, topi juga kasut MEXICO 66™ SD dan BUT DENTIGRE™ PUFF. Semua item dalam koleksi ini disediakan dalam pembungkusan asalnya: beg membeli-belah dan kotak yang dihiasi dengan ASTRO BOY.
Di aras pertama Butik Pop-Up Onitsuka Tiger Ginza terdapat lebih 100 variasi MEXICO 66™. Salah satu model jenama yang paling ikonik dipaparkan termasuk himpunan arkib daripada koleksi masa lalu. Mereka juga menawarkan perkhidmatan sulaman abjad, nombor dan simbol pada MEXICO 66™ yang dibeli dibutik ini. Ia bagi menyesuaikan MEXICO 66™mengikut citarasa tersendiri. Kafe pertama Onitsuka Tiger, dikenali “TORA CAFÉ 75” pula terletak di aras kedua.
Menerusi kolaborasi dengan HOSEKIBAKO yang dikenali sebagai kedai ais kisar popular. Ia sukar untuk mendapatkan tempahan meja sama ada di Jepun dan luar negara. Mereka menawarkan lima perisa ais kisar asli. Ia menggunakan bahan-bahan bermusim yang dipilih penuh teliti, di samping kaedah pembekuan ais perlahan-lahan selama 48 ja. Serta teknik penghasilannya yang halus. Mewarisi sejarah yang kaya sejak ia dimulakan pada1949 menerusi semangat pengasasnya, Kihachiro Onitsuka, Onitsuka Tiger berterusan mendepanicabaran masa depan.
Menjengah tahun 2024, Onitsuka Tiger akan menyambut ulang tahun yang ke-75 dengan penuh gemilang. Sejarah panjangnya bermula dengan semangat Kihachiro Onitsuka. Lalu semangat ini diperturunkan sehingga ke hari ini dan mendorong mereka untuk menempuhi cabaran baharu.
Baca lebih lanjut: GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA
Stail peribadi Glenn Yong sebagai seorang selebriti terkenal amat penting, kerana gayanya akan dilihat oleh orang ramai dimana-mana jua.
HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI
Headphone sebagai item fesyen bergaya terkini pilihan ramai. Ia akan menambah elemen yang lebih menyerlah dalam persalinan harian. Penggunaan fon kepala, atau headphone sangat penting untuk kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Kini, headphone bukan sekadar alat untuk mendengar lagu tetapi juga satu item fesyen yang menjadi pelengkap gaya. Terdapat pelbagai jenama headphone…
8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI
Wajah Glenn Yong seringkali dilihat ketika musim minggu fesyen dan gaya fashion week Glenn Yong menjadi pelengkap wajah kacaknya.
6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI
Pempengaruh fesyen di Malaysia sudah semakin meningkat, walaupun dalam kalangan lelaki. Mereka menjadi satu inspirasi besar buat penggemar fesyen.
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.
MET GALA: GAYA IKONIK SELEBRITI LELAKI SEPANJANG ZAMAN
Met Gala dipenuhi dengan gaya-gaya ikonik setiap tahun, yang tidak pernah mengecewakan peminat fesyen seluruh dunia.