PENGALAMAN BELI-BELAH PERIBADI DI BUTIK INDIGO LEVI’S® SURIA KLCC
Barisan selebriti selebriti dan bintang media sosial seperti Sean Lee, Yonny Boii, Chubb-E dan Zhen Ningg antara yang hadir di pembukaan butik INDIGO di Levi’s® Suria KLCC.
Terletak di aras 3 Suria KLCC, Levi’s® secara rasminya melancarkan butik berkonsep baharu yang lebih mengujakan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Butik INDIGO pasti menjadi destinasi utama untuk pengalaman membeli-belah yang menyerlahkan lagi keunggulan, keaslian serta ketulenan jenama denim ikonik itu. Barisan selebriti selebriti dan bintang media sosial seperti Sean Lee, Yonny Boii, Chubb-E dan Zheng Ningg antara yang hadir di pembukaan butik baharu ini.

Meliputi keluasan keseluruhan 203 meter persegi, butik INDIGO ini merupakan yang pertama berkonsep baharu serta direka untuk menyampaikan visi global secara konsisten, Ia turut menggunakan teknologi terkini menerusi kepelbagaian penyesuaian dan keupayaan omnichannel bagi menyediakan pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan untuk pengguna, dengan menawarkan konsep endless-aisle untuk pelanggan mencari saiz dan padanan yang sesuai.

Sean Lee
Sebagai bukti kepada dedikasi mereka menyerlahkan ekspresi diri menerusi kreativiti, hasil pertukangan dan usaha mampan, Levi’s® turut memperkenalkan Tailor Shop sepenuhnya kepada peminat di Malaysia. Ruang jahitan dan pengubahsuaian ini menawarkan perkhidmatan unik dan diperibadikan yang dikendalikan oleh Tukang Jahit Utama (Master Tailor) Levi’s®.


Yonny Boii & Sean Lee
Dengan hadirnya ruangan ini sebagai nadi dalam cambahan pengalaman membeli-belah di Levi’s, pelanggan berpeluang memperibadikan pembelian baharu atau menghidupkan semula barangan vintaj dengan variasi pin, butang berwarna, tampalan dan reka bentuk sulaman untuk memberi nafas baharu kepada helaian Levi’s kegemaran mereka, sama ada yang baharu atau yang sudah lama digayakan.

Zhen Ningg
Di ruangan seterusnya, pelanggan dapat melihat Bar Cetakan Digital pertama di Malaysia. Pilih daripada seleksi grafik eksklusif Levi’s® untuk dicetak menjadi versi kemeja-T peribadi tersendiri, yang hadir dalam rona hitam, putih dan kelabu. Nantikan kemeja-T kanak-kanak, hoodie serta beg tote yang bakal ditawarkan di Bar Cetakan Digital ini.

Chubb-E
Selain koleksi denim, butik INDIGO di Levi’s® Suria KLCC turut menawarkan koleksi gaya hidup bukan denim seperti Red Tab™ Sweats serta himpunan premium Koleksi Vintaj Levi’s® dan koleksi Levi’s® Made & Crafted®. Tidak dilupakan, ruang mencuba pakaian yang berkeluasan 32 meter persegi memberikan keselesaan optimum dengan pemandangan indah Taman KLCC di ruang Style Lounge.
Foto: Levi’s® Malaysia
Baca lebih lanjut: WILL SMITH, ANDREW GARFIELD DAN PELAKON ‘SQUID GAME’, OH YEONG-SU UNGGUL DI GOLDEN GLOBE 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SKY ISKANDAR
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Sky Iskandar antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Fazziq Muqris antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
MASYADI MANSOOR ‘REDEFINED’ MAKNA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA
Masyadi Mansoor 'redefined' fesyen streetwear Malaysia dengan rekaan avant-garde, menggabungkan seni, budaya dan jiwa moden di pentas global.
LEVI’S® & TOY STORY: RAI 30 TAHUN, SATU KOLEKSI PENUH NOSTALGIA
Sempena ulang tahun ke-30 Toy Story,Levi’s®, berkolaborasi dengan Disney dan Pixar untuk melancarkan koleksi edisi terhad Levi’s® x Toy Story.
DENIM ON DENIM: QUIET LUXURY DALAM STREETWEAR
Denim on denim bertemu quiet luxury: temui bagaimana Levi’s, Carhartt, Kapital & lain-lain membawa minimalisme dan streetwear bersama.











