WILL SMITH, ANDREW GARFIELD DAN PELAKON ‘SQUID GAME’, OH YEONG-SU UNGGUL DI GOLDEN GLOBE 2022
“The Power of the Dog” dinobatkan sebagai Filem Terbaik, Will Smith dan Andrew Garfield tepati ramalan ungguli kategori Aktor Terbaik di Anugerah Golden Globe 2022 yang dikaburi dengan kontroversi.
Menepati ramalan pengkritik-pengkritik filem antarabangsa, Will Smith memulakan penguasaannya dalam kategori Aktor Terbaik sepanjang musim anugerah tahun ini dengan kemenangan di Anugerah Golden Globe 2022. Kemenangan melalui filem “King Richard” ini dalam kategori Filem (Drama), manakala Andrew Garfield pula memenangi kategori Aktor Terbaik untuk Filem (Muzikal/Komedi) melalui filem “Tick, Tick… BOOM!”.

(Photo by Emma McIntyre/Getty Images for Hollywood Foreign Press Association)
Musim anugerah kali ini bermula cukup berbeza. Saban tahun, Anugerah Golden Globe akan membuka tirai musim anugerah utama dengan majlis gilang-gemilang dan pasti dihadiri bintang-bintang A-list Hollywood. Dikaburi dengan pelbagai kontroversi, keputusan anugerah tahun ini hanya diumumkan oleh Hollywood Foreign Press Association melalui Twitter dan siaran media sahaja.

Benedict Cumberbatch daripada “The Power of the Dog”. (Cr. KIRSTY GRIFFIN/NETFLIX © 2021)
Filem lakonan Benedict Cumberbatch, “The Power of the Dog” dinobatkan sebagai Filem Terbaik (Drama), selain mengungguli bebrapa kategori utama lain seperti Pelakon Pembatu Lelaki Terbaik melalui Kodi Smit-McPhee, serta kategori Pengarah Terbaik oleh Jane Campion. Filem adaptasi semula “West Side Story” memenangi kategori Filem Terbaik (Muzikal/Komedi).

Nicole Kidman daripada “Being the Ricardos”. (Photo by Rich Fury/Getty Images)
Pelakon “Being the Ricardos”, Nicole Kidman pula mengejutkan selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Aktres Terbaik (Drama) menewaskan Kristen Stewart (Spencer), Lady Gaga (House of Gucci), Olivia Colman (The Lost Daughter) dan Jessica Chastain ( The Eyes of Tammy Faye). Pelakon utama “West Side Story”, Rachel Zegler memenangi Aktres Terbaik (Muzikal/Komedi).

(Photo by Emma McIntyre/Getty Images for Hollywood Foreign Press Association)
Untuk kategori televisyen pula, pelakon “Squid Game”, O Yeong-su telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Televisyen melalui siri fenomena Netflix tersebut. Pelakon veteran berusia 77 tahun itu merupakan yang pertama memenangi Golden Globe dari Korea Selatan. “Succession” diangkat sebagai Siri Televisyen Terbaik (Drama) dan “Hacks” menang Siri Televisyen Terbaik (Komedi/Muzikal).
Selepas pendedahan isu perkauman mengenai Hollywood Foreign Press Association, barisan bintang Hollywood memboikot majlis anugerah Golden Globes. NBC turut membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyiarkan acara ini secara langsung di saluran mereka
Foto: Getty Images & Netflix
Baca lebih lanjut: “CABARAN SAYA ADALAH TIDAK JATUH CINTA DENGAN LUCIEN LAVISCOUNT “ – LUCAS BRAVO (GABRIEL) DARIPADA SIRI ‘EMILY IN PARIS’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
WILL SMITH DIPERSENDA EDDIE MURPHY DI ANUGERAH GOLDEN GLOBES
Eddie Murphy menyindir rakan pelakon, Will Smith atas kontroversi yang dicetuskannya di pentas Oscar tahun lalu.
TAN SRI MICHELLE YEOH TERCALON, TOM CRUISE DIKETEPIKAN ANUGERAH GOLDEN GLOBES 2023
Anugerah Golden Globes 2023 bakal membuat kemunculan semula dengan menyaksikan Tan Sri Michelle Yeoh menepati ramalan menerima nominasi Pelakon Filem Wanita Terbaik - Komedi/Muzikal.
5 AKTOR YANG MERAIH PENDAPATAN TERTINGGI PADA 2022
Aktor yang memiliki aura luar biasa dan kuasa untuk memikat hati penonton memperoleh pendapatan yang amat lumayan di Hollywood.
SEGALANYA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI WEDNESDAY MUSIM KEDUA
Pencipta siri Wednesday memaklumkan mereka ingin menerokai lebih banyak lagi mengenai keluarga Addams dalam musim akan datang.
IMPAK INSIDEN OSCAR TERHADAP FILEM TERBAHARU WILL SMITH, EMANCIPATION
Filem Emancipation yang menghadapi kelewatan disebabkan kontroversi Will Smith dijadualkan menemui penonton tidak lama lagi.
TUJUH BULAN HIDUP SOLO, ANDREW GARFIELD TEMUI CINTA BAHARU
Andrew Garfield dilaporkan bercinta dengan bintang Bridgerton selepas bertemu di Men of the Year Awards anjuran GQ minggu lalu.