Skip to content

Penghormatan buat Datuk Bernard Chandran dan Rizalman Ibrahim

Kongsikan artikel ini

Industri fesyen tanahair banyak terhutang budi pada pereka Datuk Bernard Chandran dan Rizalman Ibrahim. Sejak 25 tahun yang lalu, kedua-dua ‘fashion royalty’ ini bukan sekadar gigih membina empayar masing-masing, namun telah membantu untuk mengangkat taraf fesyen tempatan agar mampu berdiri sama gah dengan hasil kerja pereka-pereka antarabangsa.

Atas kesungguhan dan komitmen yang masih kekal kukuh hingga ke hari ini, mereka telah disenaraikan sebagai antara 105 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, minggu lalu.

Dengan penghormatan ini, Bernard Chandran yang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) kini membawa gelaran ‘Datuk Seri’ manakala Rizalman Ibrahim yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pula akan membawa gelaran ‘Datuk’.

Di halaman Instagram beliau, Datuk Seri Bernard Chandran memberi ucapan ringkas, “Honoured and grateful to Tuanku Sultan and Sultanah of Pahang” pada kapsyen gambar beliau di dalam Istana Abu Bakar.

bernard

Gambar dari IG @bernardchandran

Datuk Rizalman Ibrahim pula meluahkan rasa terharu beliau di Instagram dengan mengimbas kembali mereka yang telah membantunya sejak lahir. “Mungkin selama ini saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata bagi mengalung budi kepada setiap individu yang Allah s.w.t telah tetapkan untuk bertemu di dalam perjalanan hidup saya. Betapa hebatnya sistem lingkaran Qada’ dan Qadar yang berlaku dalam setiap kehidupan seseorang individu itu, baik yang datangnya baik atau buruk dari segi sifatnya.

“Semuanya adalah kebaikan semata. Betapa bertemunya kedua ibubapa saya hingga melahirkan zuriat mereka yang bernama Rizalman, bidan yang menyambut, keseluruhan adik beradik yang menjaga kebajikan saya dari kecil hingga dewasa, jiran yang membantu kala susah, pemandu bas yang membawa saya ke sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan yang membakar semangat, batalion pekerja yang menyokong syarikat untuk berdaya maju, kenalan peminat di Instagram serta Facebook yang tidak berhenti berzikir melontarkan doa serta hilaian ketawa anak-anak sebagai suri hati.

rizalman

Gambar dari IG @rizalman71

“Kepada semua saya ucapkan jutaan terima kasih kerana melihat bakat, pengorbanan serta senantiasa setia berada di sisi saya. Hari ini, hari di mana Allah telah mengangkat darjah dan pangkat saya di dunia. Moga Allah akan mengangkat pangkat dan darjah saya sebegini jua di Akhirat kelak.”

datuk-covers-1

GL mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka. We are so proud of the both of you!

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Alphamen 2023

EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC

Bacaan Lanjut

Selamat tinggal, Sonny San…

Bacaan Lanjut

SIMBAHAN MUSIM SEMI

Bacaan Lanjut

RIZALMAN IBRAHIM, FASHION ROYALTY

Bacaan Lanjut